counter

Sunday 14 July 2013

PAS arah calonnya Endot@Azlan Yusof tutup mulut!!!!!




BESUT: Tidak sebagaimana calon PAS yang lazimnya gemar berceramah dan petah berbicara, Endot@Azlan Yusof yang mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Besut bagaimanapun seakan terpaksa menggunakan jurucakap untuk berhadapan dengan pihak media.

Pengurus kempen, Hanafiah Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Cukai memainkan peranan itu sejak hari pertama kempen berlangsung ketika media berkumpul di markas PAS dalam sidang akhbar bersama calon.

Ketika ditemui sekumpulan pengamal media petang semalam, Endot dilihat seakan cuba mengelak daripada menjawab sebarang persoalan yang mula berlegar dengan sikap dan pendirian sebenarnya, lalu menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Hanafiah sekali lagi.

"Tunggu bagi mene (menang) dulula... tak apa... tak apa... tunggu mene dulu. Lepas tu baharu kita tengok macam mana," kata kontraktor itu yang agak keberatan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan setelah terus mendapat sorotan media dengan pemilihannya sebagai calon.

Beliau mengulas tentang videonya yang mula dimuat naik di beberapa laman sosial termasuk YouTube bahawa beliau perlu menumpukan perhatian terhadap perniagaan dan sedia mengupah orang lain menggalas tanggungjawab dalam urusan rakyat jika menang dalam PRK nanti.

No comments:

Post a Comment