counter

Wednesday 13 August 2014

ANWAR IBRAHIM MARAH PENGIKUTNYA INGKAR ARAHANNYA




Anwar Ibrahim diibaratkan seperti lepas berak kaki terpijak tahi sendiri..mana taknya semalam beria-ria dia menyuruh empat orang exco Selangor dari PAS supaya memboikot dengan tidak menghadiri ke Mesyuarat EXCO pagi tadi..

Apa yang mengejutkan  keempat-empat mereka termasuklah yang dipecat dengan berwajah selamba badaknya hadir tanpa rasa bersalah dengan berslogankan Demi Rakyat sambil senyum seperti kerang busuk di majlis tersebut. Kononnya mereka hadir kerana masih dipilih rakyat dan rakyat amat menyayangi mereka dan mereka bekerja untuk Rakyat . Gila tak hangin Abang Non bila apa yang disuruh mereka langsung tidak mempedulikannya. Aku ni ketua Umum (KeTum) kena la dengar cakap aku..ini tak..membelakangkan aku pulak..apekejadah semua ini? aku dah la tak boleh dengar orang main-main belakang ni.. mengamuk Abang Non..

Sudah la dinasihatnya dulu kepada ahli janganlah bergaduh.. Orang BN tengok jer ape perlakuan kita..malu la sikit.. Hah!! ko tengok tu..orang BN dah gelak ketawa.. Tapi diorang tak mau dengar jugak.. degil sangat.. habis dibalingnya kerusi meja yang susahnya sapa? Abang Non jugak la.. Abang Non ni bukan la jenis yang penyabar orangnya.. Dia dah tak sabar nak tengok adinda Azizahnya menjadi MB.. Jadi suami MB pun jadi laaa.. Sampai terpaksa menipu kalendar dari 30/31 hari sebulan dikelentongnya sampai 50 hari sebulan.. dahsyat tak dahsyat manusia anugerah tuhan yang bernama Anwar Ibrahim ni.. Yang menjadi persoalan, MACAI mereka percaya kata-kata ketahian yang beliau sampaikan.. Ilmu apa agaknya Al-Jubori ni pakai yer.. dia menjubo pun orang tak percaya.. dia sokong Zionis pun orang tak percaya jugak..hurmmm.. kehebatannya mengubah tarikh sampai 50 hari sebulan tu memang dah tahap dewa dah.. maknanya lagi lambat la dia nak kepenjara, dahsyat Anwar ni kan?

Tapi mana boleh lawan Abang Jib.. Walaupun dikutuk dicerca sebagai mat lembik, lembah lembut dan takut bini.. Bila menangani isu yang melibatkan nama negara Malaysia lebih-lebih lagi isu MH17, pemimpin-pemimpin negara lain semua dah kecut telor.. semua berdiam diri.. Giler kau takut wooo.. Rusia dan Ukraine dah la tengah krisis perang, Najib dengan selamba jer call ketua pemberontak Ukraine.. Perghhh.. dahsyat tak dahsyat laa.. dan semuanya boleh disetelkannya dengan hubungan baik beliau dengan negara-negara yang terlibat.. Macam ni la anak jantan!! Abang Non pun belum tentu berani.. Aku ingat kalau Abang Non jadi PM dah sah-sah letak jawatan perdana Menteri punya..dan Jawatan PM tu pulak akan diberikan kepada timbalannya tak lain dan tak bukan.. Wan Azizah laaa.. Tak lari kemana jawatannya tu..hahaha..

Buat semua penyokong totok PR.. takkan orang sajikan tahi pun kau nak jamah jugak.. Dah tau benda tu tahi takkan nak pegi rasa.. Dah sah-sah Anwar tu pembelit lagi mau sayang orang macam ni? Tapi apa nak dihairankan.. Orang-orang kuat dia pun dah dijanjikan macam-macam.. Taik pun taiklah.. Janji masyukkkk..hahahaha

AZIZAH MAHU PAS AKUR DENGAN KEPUTUSAN PKR MAHU JADIKANNYA MB SELANGOR BARU.....



AZIZAH MAHU PAS AKUR DENGAN KEPUTUSAN PKR MAHU JADIKANNYA MB SELANGOR BARU.....

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu kepimpinan PAS akur dengan keputusan PKR meletakkannya sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita beri PAS peluang (untuk faham). Tetapi PKR telah buat keputusan untuk pilih satu calon sahaja. Mereka perlu akur dengan hal itu, itu pilihan kita, pilihan parti kita," ujarnya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR dan DAP, malam tadi.


Wan Azizah diletakkan oleh PKR untuk menggantikan Khalid yang dipersetujui oleh DAP, namun tidak bagi PAS.

Kepimpinan tertinggi PAS yakin tindakan menggugurkan Khalid adalah tidak relevan memandangkan beliau bebas dari salah laku pentadbiran.

Khalid dipecat daripada PKR Sabtu lalu, sekali gus menjadikannya ADUN dan Menteri Besar bebas.

Kelmarin Sultan Selangor bertitah bahawa Khalid kekal sebagai MB selepas menerima perakuan beliau bahawa dirinya (Khalid) mempunyai sokongan majoriti dalam DUN Selangor sungguhpun ditolak oleh DAP dan PKR.

Khalid kini bersandarkan kepada sokongan PAS yang mempunyai 15 ADUN. Sungguhpun pucuk pimpinan PAS menyokong Khalid Jawatankuasa Pusat parti itu hanya akan membuat keputusan rasmi Ahad ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad turut enggan memberikan komen berhubung mesyuarat tergempat berkenaan.

"Kita fokus kepada isu pemecatan sahaja. Kita nak lihat apa lagi yang akan berlaku pada esok hari sewaktu mesyuarat exco. Guan Eng sendiri telah menyatakan pandangan DAP dan PKR kepada Setiausaha Agung PAS supaya atas semangat Pakatan dan solidariti, kita minta exco-exco PAS tak hadiri mesyuarat itu," kata Azmin.

"Setakat ini jelas DAP dan PKR tidak ada perubahan, kekal dengan Wan Azizah," demikian ujar Nik Nazmi.
Sumber: ANTARAPOS

Tuesday 12 August 2014

HADI AWANG TOLAK RANCANGAN JAHAT ANWAR DI KUALA TERENGGANU



HADI AWANG TOLAK RANCANGAN JAHAT ANWAR DI KUALA TERENGGANU

Tindakan tergesa-gesa Anwar dan konco-konconya yang terbang ke Terengganu di hari keputusan DYMM Sultan Selangor perkenankan Khalid Ibrahim meneruskan tugas-tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor dilihat banyak pihak sebagai tindakan cemas dan terdesak Anwar dan PKR.

Anwar tahu dengan perkenan daripada DYMM Sultan Selangor , Khalid akan menyebabkan kecacatan teruk kepada imej politik PKR.


Anwar yang juga Ketua Umum PKR tahu bahawa Khalid dengan kuasa yang dimilikinya sebagai Menteri Besar pasti akan bertindak membalas serangan awal yang dilakukan oleh PKR terhadap dirinya.

Oleh kerana itu Anwar perlu segera bertemu seterusnya menyakinkan pucuk pimpinan PAS supaya memberikan sokongan terhadap gerakan menukar Menteri Besar Selangor kepada Wan Azizah isterinya sendiri.

Pertemuan yang berlangsung pada malam 11 Ogos 2014 itu sememangnya berlaku dan disahkan oleh Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali.Namun tidak ada sebarang kenyataan dibuat oleh kedua-dua pihak setelah pertemuan terbabit selesai kerana masing-masing tidak mahu bertemu pihak media yang sedia menunggu di lobi hotel di Marang Terengganu.

Hanya satu kenyataan ringkas dikeluarkan oleh Anwar apabila menyatakan pertemuan tersebut baik seterusnya menimbulkan pelbagai spekulasi memandangkan Anwar Ibrahim bukanlah seorang pemimpin politik yang suka menyimpan berita.

Beliau sebelum ini sering menjadikan media sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat khususnya berita-berita yang punya kredit kepada PKR mahupun Pakatan Rakyat.

Kini rakyat tertanya-tanya apakah yang berlaku dalam pertemuan terbabit ?

Seorang AJK PAS Pusat semalam mendedahkan bahawa pertemuan antara Ketua Umum PKR , Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berakhir dengan KEGAGALAN.

Menurut kenyataan terbabit , Abdul Hadi langsung tidak mahu berkompromi dengan Anwar serta mahu Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

AJK PAS tersebut membayangkan bahawa Khalid akan melakukan penyatuan parti Melayu seperti yang diramalkan sebelum ini oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki.

Malah kenyataan ini diperkuatkan lagi apabila DAP dalam kenyataan mereka sudah pun mendesak PAS supaya segera membuat keputusan sama ada terus menyokong Khalid sebagai Menteri Besar atau mempunyai pilihan lain yang boleh dijadikan sebagai asas kepada satu keputusan bersama.

Untuk rekod PAS hanya akan bermesyuarat dan membuat keputusan pada 17 Ogos 2014 nanti seperti mana yang telah dinyatakan oleh Hadi Awang.

Sumber: http://www.utaranews.com/2014/08/hadi-awang-tolak-rancangan-jahat-anwar.html

PERTUKARAN MB SELANGOR PUNYAI AGENDA RAHSIA YANG MAHU DIREALISASIKAN ANWAR....

PERTUKARAN MB SELANGOR PUNYAI AGENDA RAHSIA YANG MAHU DIREALISASIKAN ANWAR.....
Berikut adalah hasil analisis oleh seorang pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, Edwin Michael Perak yang dipetik dari laman Freemalaysiatoday.com.
Masih banyak persoalan yang masih gagal dijawab oleh sekutu-sekutu rapat Anwar Ibrahim ialah mengapa hanya isterinya sahaja yang layak diangkat menjadi Menteri Besar Selangor?

Tindakan ini juga dilihat membelakangkan Deklarasi Permatang Pauh yang mahukan nepotisme dihancurkan daripada politik negara ini.

Kini setiap tindakan Anwar Ibrahim dilihat terlalu terdesak dan terburu-buru seolah-olah terdapat satu agenda rahsia yang mahu direalisasikannya.
Jelas kelihatan kerana buat masa ini hanya DAP menyokong penuh setiap langkah Anwar Ibrahim untuk mengapai agenda rahsianya itu.
Percaturan politik Anwar ini memang adakalanya terlalu bijak namun percaturannya kali ini hanya menimbulkan pelbagai teori konspirasi.





Apakah teori konspirasi tersebut?


Menteri Besar Incorporated
Andai kata isterinya, Wan Azizah memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri Selangor, secara langsung Perbadanan Menteri Besar (MBI) akan berada dibawah kawalan Wan Azizah atau dalam erti kata lain akan berada dibawah kawalan Anwar Ibrahim.

Apakah keistimewaan MBI?
Tentunya keistimewaan MBI ini adalah terletak pada dana yang bernilai ratusan bilion ringgit.

Jika dana ini dapat dikuasai oleh Anwar Ibrahim maka jalannya untuk menjadi Perdana Menteri semakin luas.

Langkah Kajang merupakan perintis kepada segala kekusutan ini.
Sebaik Wan Azizah menjadi Menteri Besar, sekutu-sekutu rapat Anwar Ibrahim akan mula mengatur strategi untuk memujuk dan membeli ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.

Dalam konteks ini, Anwar hanya memerlukan sekitar 30 orang ahli parlimen daripada Barisan Nasional untuk lompat dan menyertainya.

Andaikata, jika seorang ahli parlimen ditawar sekitar RM50 juta sekali pun, kos keseluruhan hanya mencecah RM1.5 bilion. Dana MBI sememangnya kukuh untuk menanggung kos ini. Sokongan Barisan Nasional untuk Khalid. Namun, Perdana Menteri dan Barisan Nasional khasnya tidaklah sebodoh itu untuk biarkan semua ini terjadi.

Maka, strategi Barisan Nasional pula adalah untuk terus menyokong penuh pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini dituduh derhaka dan layak ke neraka oleh Parti Keadilan Rakyat itu sendiri.

Andaian ini dikukuhkan kerana jelas kelihatan media regim Barisan Nasional turut memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
Propaganda ini menimbulkan sentimen simpati pada Menteri Besar dan kebencian pada Anwar Ibrahim.

Permainan sentimen ini pula amat penting buat regim kerana ini bakal menjadi senjata kuat mereka sekiranya DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan.

Potensi untuk Barisan Nasional merampas kembali Selangor juga tinggi apabila Najib Razak kini kelihatan lebih berkredibiliti selepas kejayaannya memujuk pemberontak puak pro Rusia untuk menyerahkan kotak hitam MH17 dan pada masa yang sama kredibiliti Anwar Ibrahim yang merudum kerana kegilaannya untuk menjadi raja nepotisme.

Jika Tan Sri Khalid Ibrahim mengundur diri dan memberikan ruang kepada Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar, maka keseluruhan masa depan rakyat Selangor dipertaruhkan untuk memastikan Langkah Kajang ini dicapai. Persoalan terakhir mengapa Anwar perlu lakukan semua ini?

Panggilan penjara Sungai Buloh semakin dekat


Ini kerana panggilan penjara Sungai Buloh semakin dekat. Hanya satu cara sahaja untuknya melepaskan diri daripada sabitan kes mahkamahnya iaitu membeli ahli-ahli parlimen Barisan Nasional menggunakan wang rakyat Selangor dan menjadi Perdana Menteri Malaysia ‘pintu belakang’.
Ini seterusnya merealisasikan impian 16 September yang dicetuskan oleh dirinya sendiri.

Maka jelas daripada awal lagi mengapa PAS membangkang setiap langkah Anwar Ibrahim ini. Ini soal amanah rakyat. Ini soal integriti.

Apabila Tan Sri Khalid Ibrahim enggan bersuhabat dengan Anwar Ibrahim, serangan moral dilancarkan oleh Rafizi Ramli.

Realitinya, Tan Sri Khalid Ibrahim hanyalah kambing hitam kepada keseluruhan wayang kulit Anwar Ibrahim ini.

Percayaku Sudah hilang kepada PKR kata Faekah Hussin

Laaaa...kenapa tak percaya pulak? Percayalah lagi..

Monday 11 August 2014

SENARAI TERBAHARU AHLI EXCO SELANGOR 2014









SPEAKER: Mohd Shafie Bin Ngah (PAS)
TIMBALAN SPEAKER: Noor Hanim Binti Ismail (PAS)

MENTERI BESAR : TS Abd Khalid Bin Ibrahim (BEBAS)

PENGERUSI HAL-EHWAL ISLAM, PEMODENAN PERTANAN & PEMBANGUNAN DESA : Sallehen Bin Mukhyi (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KERAJAAN TEMPATAN, KAJIAN & PENYELIDIKAN:Abd Rani Bin Osman (PAS)

PENGERUSI JK PENDIDIKAN TINGGI & TANGGUNGJAWAB MODAL INSAN :Dr. Halimah Ali (PAS)

PENGERUSI JK TETAP PELABURAN, PERINDUSTRIAN, PEMBANGUNAN KG BARU & PEMUTIHAN KILANG HARAM: Saari Bin Sungib (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KEBAJIKAN & HAL EHWAL WANITA: Dr. Rodziah Ismail (PKR)

PENGERUSI JK TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN & PENEROKA BANDAR: Iskandar Bin Abdul Samad (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN & KERAJAAN PRIHATN: Ganapathi Rao a/l Veraman (DAP)

PENGERUSI JK TETAP PELANCONGAN, HAL EHWAL PENGGUNA & ALAM SEKITAR: Mohd Khairuddin Bin Othman (PAS)

PENGERUSI JK TETAP KESIHATAN, PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI : Haniza Binti Mohamed Talha (PAS)

PENGERUSI JK TETAP BELIA & SUKAN, INSFRASTUKTUR & KEMUDAHAN AWAM : Ahmad Yunus Bin Hairi (PAS)

*Senarai Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baharu Ogos, 2014

12 Ogos 2014,
Shah Alam, Selangor.

Sumber: http://mymassa.blogspot.com/2014/08/senarai-terbaharu-ahli-exco-selangor.html