counter

Friday 28 June 2013

Yusuf Kalla, mengecam Anwar kerana gagal menerima keputusan rakyat, 5 Mei lalu.



Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

"Malangnya, Anwar ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang 133.

"Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu hanya menang 89 walhal Najib menang 133.

Mengulas lanjut, Jusuf mendedahkan, perhimpunan Blackout 505 yang digerakkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibiayai beberapa pihak, khususnya dari Turki, Washington, Amerika Syarikat; Filipina serta kemungkinan Thailand dan China.

Katanya, pemberi dana yang besar itu datang dari sebuah syarikat besar di Filipina dan Turki untuk membantu aktiviti perhimpunan bantahan tersebut.

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana rakan-rakan bisnes kita ketahui siapa mereka. Isunya untuk apa membuat perhimpunan tersebut jika hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu?

"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengawal parti DAP?. Anwar terdiam dan tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas, ternyata beliau ada masalah untuk mengawal ahli-ahli Parlimen dari parti lain," katanya.

Menurut Jusuf, beliau terfikir bahawa tindakan Anwar mengadakan perhimpunan haram itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh-musuh Islam.

Sunday 23 June 2013

Anak-anak kecil dipergunakan untuk jayakan Himpunan Haram 505 dipadang Merbok.!!

Tindakan peserta perhimpunan haram Blackout 505 yang membawa anak-anak mereka ke perhimpunan itu dikecam sekeras-kerasnya, sekali gus disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.


Anak-anak kecil dipergunakan untuk jayakan Himpunan Haram BLACKOUT 505!! apa cerita ni ??? Kalau terjadi apa-apa kepada kanak-kanak ni siapa nak tanggungjawab ???

penganjur ??? ANWAR??? Piiiraaahhhh Anwar....

Lihat sendiri apa dah jadi dengan himpunan BLACKOUT 505 yang lalu.malas nak ulas panjang-panjang

RENUNG-RENUNGKAN la....

Tindakan membabitkan kanak-kanak dalam isu yang diperjuangkan oleh pembangkang lebih mudah mendapatkan simpati umum.


“Memang tidak wajar sama sekali mereka membabitkan kanak-kanak sebab kanak-kanak tidak faham apa yang berlaku sebenarnya dan meletakan diri mereka dalam keadaan bahaya. Namun, ia sudah menjadi satu trend untuk meraih simpati..

''Tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan sahaja memberi makan minum kepada anak-anak, malah, perlu dipastikan keselamatannya


''Bayangkan kalau apa-apa terjadi kepada kanak-kanak tersebut, siapa mahu bertanggungjawab?

Wajarkah Kanak-Kanak Digunakan Bagi Mencapai Agenda Politik? Pikir-pikir la wahai ibu - bapa...


Pepatah Melayu menyebut “melentur buluh biarlah dari rebung” bermaksud jika mahu mendidik seorang anak sebaiknya ia hendahlah bermula sedari kecil.

Wednesday 19 June 2013

Anwar Selalu Membohong Rakyat - S. Nallakaruppan



 Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendedahkan tembelangnya sebagai seorang ahli politik yang tidak berpegang pada pendirian dan selalu membohongi rakyat.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan berkata, sifat Anwar yang seperti 'sesumpah politik' itu semakin menonjol apabila beliau hari ini mengesahkan kesemua 89 Ahli Parlimen daripada pakatan pembangkang akan mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat, 24 Jun ini.

Beliau yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) mempersoalkan kenyataan terbaharu Anwar itu kerana bercanggah dengan ura-ura mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat kerana mendakwa kononnya wujud penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Mungkin Anwar sebelum ini tidak berani mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sebab menyedari dirinya banyak membohongi rakyat.

"Namun, akhirnya beliau mengubah pendirian apabila tidak mendapat sokongan DAP dan Pas. Malah, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali juga tidak berhasrat memboikot majlis angkat sumpah itu," katanya kepada Utusan Malaysia di Pejabat MUIP, di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya dekat sini hari ini, Anwar berdolak-dalik kononnya terdapat salah faham kerana pakatan pembangkang hanya membuat keputusan untuk memboikot sesi taklimat perjalanan Dewan Rakyat minggu lalu.

Nallakaruppan menambah, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mungkin takut hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya gagal mengangkat sumpah di Dewan Rakyat.

"Saya tidak hairan apabila Anwar tidak mahu mengangkat sumpah pada mulanya kerana sebelum ini, beliau tidak mahu melafazkan sumpah laknat bagi membersihkan namanya dalam kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan," katanya.

Beliau yang pernah bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun menyuarakan kehairanannya dengan Pas yang sanggup bersekongkol dengan individu yang terpalit dengan tuduhan liwat.

Nallakaruppan berpandangan, Anwar bukan sahaja tidak layak menjadi Perdana Menteri, malah tidak sepatutnya dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi Ketua Pembangkang kerana beliau berpegang teguh kepada agama dan jauh lebih baik berbanding Anwar yang tidak berpegang pada prinsip," katanya.

Beliau turut menyelar tindakan Anwar memburuk-burukkan negara sendiri dengan menyebarkan pelbagai tuduhan palsu terhadap kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewaktu berada di Indonesia baru-baru ini.

Menurut Nallakaruppan, Anwar berbuat demikian mungkin kerana dengki dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara.

"Anwar yang sebenarnya menipu. Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia telah mengesahkan tiada rakyat negara tersebut yang mengundi dalam PRU-13 lalu.

"Selain itu, mengapa buat sidang akhbar di Indonesia sedangkan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa Anwar mengingkari perjanjian damai bagi menghormati keputusan PRU-13?" katanya.

Beliau berkata, Anwar tidak sepatutnya mengheret penyokongnya melakukan demonstrasi jalanan kerana perbuatan itu bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini.

Nallakaruppan juga menasihatkan Anwar menerima hakikat beliau tidak ditakdirkan menjadi Perdana Menteri sambil mencontohi sikap terpuji calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Mitt Romney yang sedia bekerjasama dengan Barack Obama selepas pilihan raya berakhir.

Sources: Utusan Malaysia

PANAS...!!! BUKTI DAP PARTI RASIS.


Cuba korang tengok list ni... cuba cakap kat aku macamana nak kata DAP ni tak rasis? Dah memang terang-terang rasissssss..!!!

Tuesday 18 June 2013

DAP tidak boleh lagi bersandiwara


Tunku Abdul Aziz, & R. Vellasamy

DAP tidak boleh lagi bersandiwara dan berbelit-belit mengenai kontroversi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, DAP mesti memberi kerjasama penuh kepada siasatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk membuktikan ketelusan parti itu.

“Ini satu peluang terbaik untuk DAP berterus-terang, tidak perlu lagi berbelit-belit dan bersandiwara, lagipun, mereka juga yang selama ini melaungkan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).

“Jika terbukti benar berlakunya kesalahan, mereka kena minta maaf, baharu nampak bermoral. Kalau tidak, slogan CAT itu kita boleh anggap tidak lebih daripada kucing kurap," katanya 

Semalam, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai silap kira undi yang berlaku dalam pemilihan CEC parti itu tahun lalu.

Siasatan tersebut bagi mengenal pasti sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas sebab computer glitch ataupun merupakan satu penyelewengan.

Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R. Vellasamy berkata, DAP perlu mematuhi segala arahan ROS dan menyerahkan bukti-bukti yang diminta untuk membantu siasatan kontroversi itu.

“Jangan berlengah-lengah lagi, seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya dan tuduhan ini bukan datang daripada Barisan Nasional (BN) tetapi ahli DAP sendiri," katanya.

Katanya, kontroversi pemilihan CEC itu merupakan isu besar kerana perkara tersebut bukan sekadar melibatkan hak mengundi bagi seorang atau dua orang ahli parti tetapi seramai 753 orang.
Sources: Utusan Malaysia

Tidak perlu layan pembangkang lagi - Tun DR. MAHATHIR



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak perlu mendengar dan melayan sebarang desakan daripada pembangkang.

Menurut beliau, ini kerana pembangkang tidak ikhlas untuk membawa pembaharuan yang memberi kebaikan sebaliknya hanya mengambil atau mereka-reka sesuatu isu untuk menumbangkan kerajaan.

"Pada pendapat saya, apabila pembangkang cakap sesuatu, jangan layan mereka, selama 23 tahun (menjadi Perdana Menteri) saya tidak melayan mereka.

"Pembangkang akan sentiasa menuduh kerajaan menipu, apabila mereka mahukan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan kerajaan akur pada permintaan itu, mereka tetap tidak menghargainya.

"Mereka tidak berminat untuk menjadikan perkara lebih baik atau pilihan raya bersih, mereka hanya mahukan isu dan di sebalik semua permintaan ditunaikan termasuk membenarkan pengundi-pengundi yang berada di luar negara, mereka tetap tuduh kerajaan menipu," katanya ketika berucap dalam Forum Ketua Pegawai Eksekutif 2013 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, beliau bagaimanapun melihat beberapa parti pembangkang semakin matang apabila dua parti iaitu DAP dan Pas tidak menyokong demonstrasi yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Politik tidak selalunya rasional, pembangkang menggunakan segala isu untuk menuduh kerajaan menipu, mereka boleh tuduh perkara itu tetapi jangan buat kekacauan di negara ini, sekiranya kita menjadi matang, negara ini ada masa depan yang lebih baik," katanya.

Katanya, beliau bersyukur rakyat Malaysia tidak mempunyai budaya ganas namun hak kebebasan bersuara tidak sewajarnya disalahgunakan dan perkara itu perlu dikawal selia untuk menjaga keamanan serta kestabilan negara.

Katanya, usaha juga perlu dilakukan untuk memperkukuhkan integrasi serta perpaduan rakyat negara ini yang berbilang bangsa dan agama.

Menurutnya, matlamat itu boleh dicapai dengan setiap rakyat Malaysia memperkasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan dan setiap pelajar tanpa mengira bangsa mendapat pendidikan di sistem sekolah yang sama.

Dalam pada itu, menurut Dr. Mahathir, beliau percaya kepada sistem demokrasi, namun beliau berpendapat kerajaan perlu kuat bagi menghadapi cabaran yang bukan sahaja datang dari dalam negara tetapi juga luar negara.

"Sekiranya kerajaan lemah, pelaksanaan polisi dan undang-undang menghadapi kesukaran, lagipun kita memerlukan tempoh masa untuk satu-satu idea direalisasikan," katanya.
Sources: Utusan Malaysia

Friday 14 June 2013

‘Stop giving them face’ Tun M.


Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohammad wants his successor Najib Tun Razak and his administration to stop “giving face” to Pakatan Rakyat.

He wants Najib to be “tough” with the opposition.

He claimed the opposition was continuously insulting the country’s democratic system and the government should no longer be soft with them..

“We need to be a bit tough and not give them face anymore. They must be stopped,” he told reporters here yesterday after attending a dinner in conjunction with Langkawi International Dialogue (LID) 2013 here yesterday.

Mahathir said the opposition had changed overnight after failing to get majority support in the 13th general election.

“Initially, they wanted to recognize the people’s choice but now they want to challenge the democratic system.

“They reject the democratic system and opt for street demonstration,” he said alluding to the series of nationwide rallies following the May 5 GE13 results..

Monday 10 June 2013

DAP didakwa pecat 11 ahli lagi!!!!



Dorothy Chong Chye Wah (tiga dari kiri) bersama ahli DAP yang lain menunjukkan surat bantahan terhadap Tan Kok Wai yang didakwa menyalahgunakan kuasa, di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur, semalam.

Selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee mempertikai tindakan Tan Kok Wai memecat keahliannya, kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP itu terus dipersoalkan kerana didakwa ‘membuang’ 11 lagi ahli DAP tanpa mengikut perlembagaan parti.

Perkara itu didedahkan Ketua Wanita DAP Pandan, Dorothy Chong Chye Wah yang turut menerima surat pemecatan tersebut bertarikh 3 Jun lalu bersama ahli-ahli parti lain khususnya di kawasan Pandan dan Ampang.

Namun, jelasnya, apa yang menghairankan ialah mereka yang dipecat tidak diberikan surat tunjuk sebab termasuk peluang untuk dibicarakan terlebih dahulu mengikut lunas-lunas perlembagaan parti.

‘‘Tiada dinyatakan alasan pemecatan dalam surat itu. Sepatutnya beri kami surat tunjuk sebab dan dibicarakan sebelum boleh buat keputusan sama ada dipecat atau tidak. Ini tidak munasabah.

‘‘Cuma, berdasarkan maklumat, kami dipecat kerana ada aduan mengatakan kami menyokong Jenice dalam pilihan raya umum lalu. Bertambah pelik, yang membuat aduan itu adalah seorang pemimpin pemuda DAP (DAPSY) Selangor yang didakwa masih lagi ahli Gerakan. Kami mahu DAP siasat latar belakang pemimpin DAPSY ini,’’ katanya dalam sidang akhbar di depan Ibu Pejabat DAP, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Jenice atau nama sebenarnya Lee Ying Ha, 33, memfailkan saman terhadap DAP di Mahkamah Tinggi di sini bagi memohon perisytiharan supaya keahliannya dalam parti itu dikembalikan.

Pada 20 April lalu, Jenice yang pada ketika itu merupakan Setiausaha Publisiti Selangor telah mendapati melalui pihak media bahawa keahliannya telah dilucutkan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Ujar Dorothy, ekoran tindakan pemecatan tanpa mengikut undang-undang parti, pucuk pimpinan parti digesa menggantung jawatan Kok Wai selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP kerana didakwa menyalahgunakan kuasa.

‘‘Kami nak tahu apakah sebab pemecatan ini. Apakah kerana kami menyokong Jenice? Tetapi, salahkah kami sokong beliau? Kami juga menyokong Lim Guan Eng dan Karpal Singh. Jadi, mengapa pecat kami?

‘‘Oleh itu, selain menggantung jawatan Kok Wai, kami mahu DAP membentuk jawatankuasa bebas menyiasat salah guna kuasa beliau. Jawatankuasa itu perlu dianggotai pemimpin yang berpengalaman luas dalam undang-undang,’’ tambahnya.
Sources: Utusan Malaysia

Apa lagi Kau nak Anwar???


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa tidak wujud dakwaan bekalan elektrik terputus pada 5 Mei lalu dan mendakwa penganjuran perhimpunan haram oleh pembangkang hanya bertujuan mencemar nama suruhanjaya itu.Malah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata perhimpunan yang dikenali sebagai ‘Black505′ merupakan satu penghinaan terhadap sistem pilihan raya demokrasi di negara ini.Tambah beliau SPR sedang mendapatkan nasihat perundangan bagi membolehkan pihaknya bertindak terhadap mereka yang mencemar nama suruhanjaya itu untuk kepentingan politik murahan.Beliau membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai ‘fanatik anti-demokrasi’ dan mereka yang menyokong perjuangan mereka sebagai ‘aktivis penentang golongan berkuasa’ serta golongan muda yang tidak memahami undang-undang.

Thursday 6 June 2013

Azmin diketepikan Anwar bukti PKR Selangor bakal bergolak isu perlantikan Saifuddin Nasution.


Pelantik Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik dalam Pejabat Menteri Besar Selangor menimbulkan banyak reaksi ingin tahu dalam kalangan ahli akar umbi.

Antara persoalan yang menjadi perhatian, apakah pendirian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung perkara ini memandangkan selama ini beliau begitu serius dengan isu pembaziran.

Malah mereka mempersoalkan mengapa perlu diwujudkan jawatan politik tambahan sekiranya fungsinya adalah sama dengan jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar? Apakah ini akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan perbelanjaan yang tidak berhemah?

Jika kewujudan jawatan ini bertujuan menjalin hubungan politik di antara pentadbiran negeri dan parti, maka timbul persoalan berikutnya, iaitu di mana peranan Setiausaha Politik? Apakah kerajaan negeri akan menghapuskan jawatan Setiausaha Politik?

Adakah Abdul Khalid bersetuju sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberikan mandat dalam PRU13 baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak layak dilantik sebagai perdana menteri kerana beliau sibuk dengan tugas sebagai ketua parti?

Adakah ia bercanggah dengan saranan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bahawa orang politik tidak boleh dilantik ke dalam anak syarikat kerajaan negeri (GLC). Mungkin pimpinan PKR di peringkat negeri dan Pusat perlu melihat kembali soalan-soalan di atas yang mula menjadi perhatian umum atau mungkin perlu dijawab sendiri oleh Abdul Khalid.

Lebih sinis lagi apabila pemimpin PKR Selangor yang memenangi kerusi di peringkat Parlimen dan Dun tidak diberi tempat sebaliknya pemimpin PKR dari luar Selangor yang gagal mempertahankan kerusi dibawa masuk dan diangkat sebagai pegawai politik negeri. Tidak kurang juga ada menyarankan agar jawatan tersebut diberikan kepada Adun dan Ahli Parlimen yang berjaya membawa kemenangan kepada PKR dan mengekalkan kuasanya di Selangor.

Inilah yang disuarakan dan dibangkitkan oleh ahli PKR pelbagai peringkat di Selangor kepada Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali. Azmin pula ketika dihubungi, dihubungi tidak menafikan perkara itu mula menjadi bualan ahli parti sejak Anwar mengumumkannya dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR ke-9 di Petaling Jaya, minggu lalu.

Katanya, kalangan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam PRU13 lalu.

Apakah kesudahan Drama Dalaman PKR? Siapa yang lebih berkuasa dalam parti PKR dan kenapa Anwar berdiam diri???

AGM DAP diadakan tanpa notis?



Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan (gambar) mencabar pemimpin tertinggi DAP meletak jawatan dengan serta merta sekiranya benar parti itu telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tanpa pemberitahuan notis kepada beberapa cawangannya.

Menurutnya, cabaran tersebut 'wajib' disahut bagi membuktikan kepimpinan tertinggi parti itu tidak menyembunyikan sebarang agenda atau mempermainkan ahli-ahli untuk kepentingan tertentu.

"Saya cabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Penasihat parti, Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke tampil membuktikan perkara itu adalah tidak benar.

"Saya tidak akan bersuara jika tidak ada bukti dan oleh itu, saya cabar mereka berundur daripada parti jika saya berjaya membuktikan bahawa AGM telah diadakan tanpa pemberian notis kepada beberapa cawangan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan DAP mungkin berdepan dengan satu lagi kemelut dalam kalangan ahlinya sendiri berikutan keputusan 'tergesa-gesa' kepemimpinan tertinggi untuk mengadakan AGM setiap cawangan parti itu sejak dua minggu lalu.

Seorang pemimpin kanan DAP yang enggan namanya disiarkan mendakwa, AGM itu dipercayai bagi 'mencantas' cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.

Jelasnya, setiap Pengerusi Negeri telah diberi arahan untuk segera mengadakan AGM di negeri masing-masing dengan segera namun yang menjadi persoalan ialah ramai ketua cawangan masih samar-samar dengan keputusan itu.

Ramanan berkata, ketiga-tiga pemimpin itu harus menyahut cabaran seandainya parti itu benar-benar telus dan demokratik.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar tindakan pemimpin tertinggi parti yang dikatakan sering menyebarkan fitnah khususnya kepada generasi muda untuk mencapai agenda politik mereka.

Ramanan berkata, DAP tidak perlu mengelirukan umum dengan memanipulasi perkara sebenar.

"Kit Siang dalam blognya menulis Utusan dan UMNO cuba menjatuhkan DAP dengan pembohongan. Saya hendak tahu adakah AGM yang sedang dijalankan ketika ini sudah dimaklumkan kepada setiap cawangan ? Mengapa terus menyerang Utusan dan UMNO?.

"Parti itu dilihat mengeluarkan kenyataan yang tidak munasabah, jika DAP dan Kit Siang benar-benar telus, mereka tidak seharusnya cuba memanipulasi isu sebenar tetapi sekurang-kurangnya menyiasat pendedahan itu. Jangan hanya demokratik pada nama sahaja, hakikatnya lebih bersifat kuku besi," katanya.

Beliau juga kesal dengan sikap pemimpin parti tersebut yang setiap kali suka menuduh pihak lain bagi kesalahan dalaman parti berkenaan.

Jelasnya, setiap kali apabila wujud isu berkaitan parti itu seperti kesilapan pemilihan CEC dan salah taip kos projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, mereka dilihat hanya menyalahkan pihak lain.

"Jangan sekali-kali cuba memutar belit kebenaran, belajarlah untuk memikul tanggungjawab dengan tidak menuduh pihak lain atas kesalahan sendiri," ujarny

Sources :Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday 5 June 2013

Ex-Teratai Assemblywoman Jenice Lee sues DAP for sacking her.


Former Teratai Assemblywoman Jenice Lee Ying Ha

 Former Teratai Assemblywoman Jenice Lee Ying Ha today filed a suit against DAP on her expulsion from the party.

Lee, 33, who filed the suit through the legal firm of Messrs. Harjit Sandhu at the Civil High Court registry here, named DAP secretary-general Lim Guan Eng as the defendant.

In the statement of claim, Lee (picture) seeks a declaration for her membership in DAP since 2001 to be reinstated immediately, cost and other relief deem fit by the court.

She claimed that her expulsion from the party, which she knew through the media last April 20, was null and void because an investigation by the Registrar of Society (ROS) revealed that the election of the party’s central executive council (CEC) members, held in December last year, was not in accordance with the DAP constitution.

In the recent 13th general election, Lee, the former Selangor DAP publicity secretary, contested as an Independent candidate for the Teratai seat, but lost. 
Sources: Bernama

Monday 3 June 2013

Calon Bebas bantah pemecatannya dalam DAP

G. Asoghan

BUTTERWORTH: Calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), G. Asoghan hari ini mempertikai pemecatannya sebagai anggota DAP.

Beliau berkata pemecatannya itu tidak sah kerana kesahihan status Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu masih disiasat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ekoran aduan yang mendakwa berlaku penyelewengan dalam pemilihan CEC pada Disember lepas.

Asoghan yang juga Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar berkata beliau menerima surat pemecatan bertarikh 23 April itu pada Jumaat lepas yang ditandatangani Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai.

Beliau mendakwa ekoran kesahihan pemegang jawatan itu belum diputuskan ROS, maka tiada sesiapapun yang layak atau mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan terhadap beliau atau anggota parti yang lain.

"Kita memang sedia maklum bahawa pemilihan parti pada Disember lepas untuk memilih pucuk pimpinan DAP tidak sah di sisi undang-undang kerana berlakunya kepincangan dan penipuan.

"Jadi surat pemecatan saya yang ditandatangani Tan (Kok Wai) yang kononnya Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP adalah tidak sah di sisi undang-undang," katanya kepada pemberita di sini.

Asoghan berkata beliau akan terus menjalankan tugasnya sebagai ketua cawangan yang bertanggungjawab dan tidak akan mengendahkan surat pemecatan itu.
"Saya ingin tegaskan kepada DAP bahawa saya bukan sahaja ketua cawangan sah tapi seorang delegasi yang layak di sisi undang-undang untuk mengambil bahagian dan mengundi dalam pemilihan kelak," katanya. Source: BERNAMA

Sunday 2 June 2013

3 perkara paling Anwar takuti


EZAM MOHD. NOOR
KUALA LUMPUR 2 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling ditakutinya.

Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau,
Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan memastikan ketiga-tiga perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara.

"Anwar sememangnya cenderung untuk melakukan pelbagai tindakan terdesak bagi memastikan 'pekung' di dadanya tersisip rapi dalam bajunya kerana beliau tahu ketiga-tiga perkara itu akan menyebabkan karier politiknya boleh terkubur.

"Jadi, dalam tindakan terdesak terbaharunya ini, beliau mengheret penyokongnya untuk turun ke jalan supaya perhatian rakyat teralih daripada isu sebenar yang menyelubungi Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, politik yang dibawa Anwar bukan berlandaskan menyelesaikan masalah rakyat atau negara tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu peribadinya sahaja.

Bukti paling jelas, katanya, ialah pendedahan sahabat karib Anwar iaitu bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memberitahu Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong dan mengkhianati janji kerana mahu menjadi Perdana Menteri.

"Setiap rakyat yang waras seharusnya sudah nampak jelas jenis pemimpin apa Anwar ini, iaitu jenis pemimpin yang mempergunakan rakyat bagi menyelesaikan masalah peribadinya bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingan peribadinya untuk rakyat.

"Negara ini sudah terlalu lama menjadi mangsa pemimpin songsang ini dan memang sampai masanya untuk riwayat politik songsang Anwar ditamatkan demi kepentingan rakyat dan negara," tegasnya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, secara lazimnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan bersungguh-sungguh mencipta suatu peristiwa besar bagi melindungi kegelisahannya maka sebab itu perhimpunan haram digerakkan.

"Anwar telah menggerakkan segala jentera PKR untuk menjayakan perhimpunan haram, biarpun gagal mendapat sokongan penuh daripada pemimpin tertinggi Pas dan DAP. Ternyata perhimpunan tersebut adalah agenda peribadi beliau, tetapi menipu penyokong pembangkang dan rakyat Malaysia kononnya untuk menyelamatkan negara,'' ujarnya.
Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar kini benar-benar terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap segala isu yang dihadapinya.

Jelasnya, terlalu banyak dosa Anwar kepada negara, sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak lagi mampu menjawab satu persatu isu tersebut dan cara terbaik bagi melarikan diri adalah dengan menghasut rakyat turun ke jalanan atas sesuatu perkara yang remeh dan tidak benar.

"Anwar juga risau dengan tindakan undang-undang yang akan diterimanya jika disabitkan bersalah atas tiga isu tersebut, jadi, tindakan berhimpun ini juga adalah usaha menakut-nakutkan kerajaan agar menunjukkan dia masih popular dalam kalangan rakyat.

"Saya gesa rakyat agar tidak percaya kepada Anwar dan kerajaan tidak akan sekali-kali membiarkan beliau bebas bermaharajalela atas segala kesalahan yang telah dilakukan," tegasnya.

Source: Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130603/po_01/3-perkara-paling-Anwar-takuti#ixzz2V7LyVPLK
© Utusan Melayu (M) Bhd