counter

Thursday 30 May 2013

Tembelang DAP Terbongkar!


Hasil siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai ahli DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu, tidak menerima notis panggilan.



Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, perkara itu didedahkan sendiri oleh ahli-ahli DAP terbabit.


Disebabkan tidak menerima notis panggilan menghadiri kongres tersebut katanya, ramai dalam kalangan mereka yang layak mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti diadakan pada tahun itu gagal berbuat demikian.


"Ahli DAP yang layak tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dalam pemilihan CEC tersebut.


"ROS juga akan terus menyiasat isu-isu lain yang dikemukakan pengadu dan mengkaji semua dokumen berkaitan sebelum membuat keputusan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.


Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih. Tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.


Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti membuat aduan kepada ROS berikutan bimbang terdapat unsur-unsur manipulasi dalam keputusan tersebut.


Ekoran itu, ROS menjalankan siasatan selain membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC pada 15 Disember 2012 melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.

DAP Rasis tipu Cina, tipu melayu dan tipu PAS


Sedih bila Dap mengedarkan risalah mengajak orang Cina supaya mengundi calon DAP supaya bagi kemenangan besar kepada DAP untuk memerintah Malaysia.

Jika DAP berjaya memerintah, hak keistimewaan orang melayu seperti yang terdapat dalam perkara 152 dan 153 dapat dihapuskan.

Selama ini Dap berbangga bahawa Dap adalah parti berbilang kaum bukan rasis seperti Umno. Rupa-rupanya Dap yang rasis.

Tindakan Dap menyeru kaum cina supaya tidak mengundi Pas juga satu strategik jahat sedangkan pada masa yang sama Dap membantu Pas dari segi wang ringgit supaya Pas mengundi calon Dap dan Pkr yang berketurunan Cina.

Tindakan DAP jelas melanggar kontrak sosial yang dicapai bersama oleh Umno, Mca dan Mic untuk menuntuk kemerdekaaan.

Pemimpin MCA dan Gerakan sedar akan niat jahat DAP dan berjaya mempengaruhi sebahagian pengundi Cina supaya menyokong Dap. Inilah ancaman besar yang dihadapi oleh MCA.

Malah MCA dan Gerakan hampir berkubur dalam PRU 12 kerana jarum-jarum halus yang merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.

Cita-cita Dap hanya satu iaitu ingin menjadikan Malaysia seperti Singapore, dimana hak keistimewaan Malayu dihapus, sultan dibuang dan bahasa melayu dihapuskan.

PTPTN juga dihapuskan, kalau ibu bapa ingin menghantarkan anaknya keuniversiti terpaksalah meminjam wang dari bank. Kouta Melayu ke universiti juga dihapuskan.

Alamatnya orang melayu hari ini akan kembali menjadi seperti penduduk Papua New Guinea yang tidak bertamadun, miskin dan tertinggal dalam serba serbi.

Orang Melayu masih lemah, masih mundur dan perlu bimbingan dan bantuan menurut kata-kata Ungku Aziz.

Orang Malayu masih ditahap zaman pak kaduk dan pemikiran masih di bawah tempurung terutama mereka yang menyokong Bulan.

Tun Mahathir dan pemikir melayu yang lain tidak letih berbicara tentang melayu. Satu ketika kita boleh berbangga kerana sudah berada di atas trek yang betul, baik dan terjaga.

Namun sejak 12 tahun lalu, dajal yang hitam mata sebelah telah membuat onar, habis orang melayu bodoh menjadi pengikutnya.

Rakyat Malaysia harus sedar dan tolak Dap yang cuba menghuru harakan perpaduan kaum.
Tolak DAP, PKr dan Pas yang kini dikuasai oleh Syiah.

Tuesday 28 May 2013

ABC : Anwar Banyak Cakap!




Sekumpulan 50 aktivis prokerajaan di negeri ini menganjurkan perhimpunan secara aman bagi membantah keras pihak yang masih mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
Mereka turut mengutuk sekeras-kerasnya siri perhimpunan'Blackout 505' selain menegaskan, sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan kesejahteraan negara jika ada pihak tertentu mahu menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan serta kekerasan.

Ketuanya yang juga Pengerusi Perhimpunan Anak Malaysia Negeri Sembilan, Nazim Maaruf berkata, dia bersama ahli-ahli lain telah melaungkan ikrar sanggup mati demi Malaysia.
"Kami beri amaran keras bahawa kami tidak gentar dan akan menentang siapa sahaja yang cuba menimbulkan kacau bilau di negara ini.

"Pada pihak 505, kamu sudah kalah, BN (Barisan Nasional) telah menang, jadi hormati kemenangan ini seperti rakyat lain hormati kemenangan di tempat (negeri) kamu menang," katanya ketika ditemui di hadapan Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nazim memberitahu, perhimpunan tersebut juga bertujuan menyuarakan tuntutan terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya bertindak tegas ke atas pihak-pihak yang menganjurkan perhimpunan jalanan serta menghasut pemikiran rakyat.

"Pihak KDN wajib bertindak terhadap mana-mana pihak yang cuba mengkucar-kacirkan perpaduan yang telah terbina sejak merdeka lagi," ujarnya.

Kumpulan yang membawa pelbagai sepanduk bantahan terhadap pihak pembangkang selain mengikat lilit kepala bertulis 'ABC' itu berharap rakyat tidak terus terpengaruh dengan hasutan khususnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"ABC ini membawa pelbagai makna tetapi bagi kami, ia membawa maksud 'Anwar Banyak Cakap', apa lagi yang dia mahu, sudah kalah sudah lah apa lagi tidak puas hati," tegasnya.

Monday 27 May 2013

BUKTI VIDEO ! PEMIMPIN PEMBANGKANG BERLAKON PENGSAN DIKASARI POLIS !!

Di bawah adalah video aksi bodoh S.Jayathas, ahli Biro Politik PKR, yang berlakon dengan berpura-pura pengsan selepas mendakwa dia ditolak oleh anggota polis.

Kejadian berlaku di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira pukul 11 pagi untuk membuat laporan mengenai kematian seorang tahanan dalam lokap polis baru-baru ini.


Polis tak buat apa-apa pun tapi Jayathas meluru kepada mereka



Tahu-tahu aja sudah tersungkur 'pengsan' walau pun hanya beberapa saat.


Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian, berlaku pertengkaran antara Jayathas dengan beberapa anggota polis yang bertugas apabila dia enggan meninggalkan kawasan IPD itu.

Jayathas yang merupakan bekas Ketua Penerangan Hindraf tiba-tiba dilihat menjatuhkan diri sebaik sahaja dia cuba meluru melepasi beberapa anggota yang berkawal di pekarangan IPD itu.
Lihat video aksi bodoh Jayathas :




Dia dalam keadaan terbaring terlentang sambil tangan kirinya memegang kepingan dokumen 'pengsan' untuk beberapa saat.
Bagaimanapun, ahli PKR itu kembali 'tersedar' apabila polis ingin menghubungi ambulans dan bangun sambil menuduh anggota polis menolaknya.


Lakonan bodoh ahli politik PKR


Jayathas yang datang bersama ahli keluarga tahanan kes tembak di Bandar Tun Razak, N. Dharmendran dan sekumpulan kira-kira 30 orang memenuhi pekarangan IPD untuk membuat laporan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, ketika keluarga N. Dharmendran sedang membuat laporan, Jayathas dilihat keluar masuk balai beberapa kali tanpa tujuan.

"Memandangkan ruang di kaunter dalam balai sudah dipenuhi ramai orang, dia kemudian diminta meninggalkan kawasan itu oleh anggota polis namun dia tetap berkeras untuk masuk.

"Walaupun sudah dihalang oleh anggota bertugas, dia tetap berdegil dan bertindak menolak polis sebelum berpura-pura jatuh dan pengsan.

"Apabila polis menawarkan untuk menghubungi ambulans, dia terus bangun dan sempat memaki polis," katanya ketika dihubungi.

Tambah Zainuddin, pihaknya akan mendakwa Jayathas mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan bagi menakut-nakutkan penjawat awam untuk menjalankan tugas.

Pengundi Hantu Rakyat China 90Ribu Orang? Wah... Hebat Dap..



SPR Perlu Siasat Orang China Jadi Pengundi Hantu


Sedang gerombolan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk memperkatakan konon wujudnya rakyat Bangladesh yang diimport sebagai pengundi hantu, diam tak diam ramai rakyat negara ini turut tertanya-tanya perihal kemungkinan kewujudan pengundi hantu dari negara China.
Asas persoalan ini cukup mudah kerana ramai pengundi keturunan Cina yang keluar awal pagi di pusat-pusat pengundian pada PRU-13 baru-baru ini bukan sahaja tak dikenali penduduk tempatan malah kebanyakannya bila disoal selidik gagal bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu.
Malah ada banyak kes menunjukkan ramai yang langsung tak boleh bertutur Bahasa Kebangsaan, seolah-olah satu frasa kata pun tak ada dalam kepala mereka. Bukankah senario ini cukup pelik bagi rakyat Malaysia?
Biasanya jarang benar rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang tidak fasih bertutur Bahasa Kebangsaan meskipun ada antaranya sejak kecil belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, namun masing-masing tetap boleh berbicara dalam Bahasa Melayu walaupun ada yang tidak begitu fasih.
Keadaan ini menimbulkan syak wasangka berkemungkinan ada diantara pengundi keturunan Cina ini bukannya rakyat Malaysia sebaliknya di datangkan khas dari negara China seterusnya memperolehi kad pengenalan negara ini secara sindiket atau pemalsuan, kemudian didaftarkan pula sebagai pengundi.
Dua tahun lalu pihak Imigresen pernah mengumumkan terdapat lebih 90,000 warganegara China yang sudah tamat tempoh visa pelawatnya masih tinggal di negara ini termasuklah sebahagian besarnya berkecimpung dalam industri pelacuran, rumah urut, spa dan lain-lain aktiviti haram.
Tak mustahil angka itu jauh lebih besar dan ada kemungkinannya ada antara mereka yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan dan menjadi pengundi. Jika perkara ini benar-benar wujud, maka ia merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara.

Mana mungkin masa depan negara ini dibiarkan bebas ditentukan oleh warganegara asing. Justeru itu, pihak JPN dan SPR perlu mengambil inisiatif untuk menyiasat lebih lanjut perkara ini untuk membongkar kebenaran supaya tiada lagi yang tertanya-tanya.

Tuesday 21 May 2013

Former Indonesian VP Jusuff Kalla tells Anwar to concede defeat!!




 Former Indonesian vice-president Jusuf Kalla has told Datuk Seri Anwar Ibrahim to concede the fact that he had lost in the 13th General election and “move on” for the sake of malaysia’s political and economic stability.

Jusuf also said Anwar had, in a meeting in Jakarta prior to the May 5 polls, requested Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to allow a peaceful transition of power if Pakatan won.

“During a meeting here (Jakarta) in April, Anwar had asked me to convey a message to Najib that he should allow a peaceful transition of rule.

"It was Anwar himself who came to me to talk about commitment. Hence, he should also fulfil his commitment. Commitment is not only the responsibility of one party.

"The losing party must accept the reality. That is (Anwar's) commitment. You must agree that you have lost and the loser should assist the winner (to steer the nation).

"By right, everyone should fulfil their respective commitments. Anwar, Najib and I are beholden (to the commitment of) peaceful elections."

Jusuf's stance echoed the sentiments of Kelantan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob who had called on opposition supporters to respect the outcome of the election and distance themselves from uprisings to overthrow the government.

Anwar's deputy Azmin Ali had also joined the fray, stressing the importance of fulfilling the party's manifesto, instead of going to town to hold rallies at the expense of forsaking the people's mandate in Pakatan-ruled states.

Their remarks came following Anwar's campaign that included holding rallies in various locations nationwide to protest against what he alleged as electoral fraud that had "robbed" Pakatan of victory.

Jusuf, a long-time friend of Anwar, said the opposition leader should accept the election results, and reconcile with Najib for the good of the country.

It was reported yesterday that Jusuf had expressed his disappointment with Anwar over his reluctance to accept defeat and for rejecting any initiative to reconcile with his rivals in Barisan Nasional.

His disappointment was conveyed by Indonesia's former law and human rights minister Hamid Awaluddin, who was quoted by Indonesian national daily, Republika.

The daily had quoted Hamid as saying that Anwar had promised Jusuf that he would control his opposition coalition if he was defeated by Najib, who is BN chairman.

The report said despite claiming electoral fraud, Anwar had yet to prove his claims through legal means.

Meanwhile, political analysts said Anwar's statement that he would be arrested soon by police was typical of the opposition leader's penchant for theatrics.

Universiti Kebangsaan Malaysia's Assoc Prof Dr Samsul Adabi Mamat said it was unfair for Anwar to preempt police action to gain his supporters' sympathy.

"All he is doing is creating unrest and unnecessary provocation in the current political climate."

International affairs and political cluster head of the National Professors' Council, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, said Anwar's latest ploy was "not something new".

"It might be to create sympathy or to place the government in a bad light.

 Source: New Straits Times

Wednesday 15 May 2013

Datuk Seri Najib MENGADAP AGONG, Jam 5 Petang DIJANGKA UMUM Barisan KABINET


Pelancong sempat mengambil gambar kenderaan Perdana Menteri yang meninggalkan Istana sebentar tadi.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Negara sekitar tengah hari tadi untuk mendapatkan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membentuk barisan Kabinet baru.

Najib tiba pada jam 11:55 pagi untuk mengemukakan senarai calon-calon anggota Kabinet. Belia kemudiannya dilihat meninggalkan Istana pada jam 12.30 tengah hari selepas mendapat perkenan.

Pengumuman menteri Kabinet dijadualkan pada jam 5:00 petang ini di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Pada pilihan raya umum ke-13 yang diadakan pada 5 Mei lalu, Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Monday 13 May 2013

Najib menghadap Agong esok untuk dapat perkenan barisan kabinet




KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, di sini pada 12 tengah hari esok bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan kabinet baharu.
Baginda telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Menteri dan Timbalan Menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis.
Demikian menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari
ini. - Bernama

AKHIRNYA! PAKATAN PEMBANGKANG MASUK MAHKAMAH!!

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee bertindak mencabar keputusan DAP di mahkamah kerana memecatnya dari parti itu pada 20 April lalu berikutan pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) pada Disember lepas dianggap tidak sah.


Menurut Jenice, pemimpin tertinggi DAP yang menerajui barisan CEC ketika ini tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menggantung atau memecatnya kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC parti itu.

"Memandangkan CEC tidak sah dan ROS masih mempunyai keraguan dengan pemilihan lepas, atas kapasiti apa Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai mengeluarkan arahan memecat dan kemudian menggantung saya? Semua pemimpin tertinggi CEC tidak sah termasuk Kok Wai dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng. Saya masih ahli DAP yang sah.

"Oleh yang demikian, saya telah membuat keputusan untuk mencabar kesahihan pemecatan saya melalui proses undang-undang dalam beberapa hari lagi," katanya dalam sidang akhbar berhubung perkara itu di sini hari ini.

Jenice dipecat daripada DAP pada 20 April lalu berikutan tindakannya bertanding atas tiket Bebas menentang calon DAP bagi mempertahankan kerusi DUN Teratai dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lepas.

Selang beberapa hari selepas pemecatannya, beliau dikejutkan pula dengan laporan media bahawa dirinya telah digantung daripada parti DAP berkuatkuasa 18 April lalu.

Jenice pernah dipanggil memberi keterangan sebagai saksi oleh Jawatankuasa Disiplin DAP berhubung dakwaan penyalahgunaan dana melibatkan seorang pembantunya namun keputusan siasatan tidak pernah diumumkan sehingga hari ini.

Beliau mendakwa, surat rasmi berhubung pemecatan dan penggantungan beliau tidak pernah sampai kepadanya malah semua pengumuman hanya dibuat melalui media sahaja.

"Bukankah isu berkaitan pemecatan atau penggantungan itu sebenarnya serius? Mengapa mereka tidak bercakap dengan saya? Saya sungguh kecewa dengan perbuatan tidak 'bertanggungjawab' itu.

"Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri hanya mohon saya tarik diri daripada menjadi calon melalui media sahaja bukan bercakap dengan saya sendiri. Adakah ini cara betul untuk melayan saya yang telah berkorban segalanya demi parti," tambahnya - UTUSAN