counter

Tuesday 23 July 2013

Nik Aziz secara TIDAK LANGSUNG (indirectly) memastikan BN/UMNO MENANG PRK KUALA BESUT!!



Fenomena yang wujud akibat sumpah-seranah, kafir-mengkafir, UMNO itu dan UMNO ini sejak NIK AZIZ TIBA di Kuala Besut, sebenarnya MEMUDAHKAN KEMPEN BN/UMNO. BN/UMNO tak perlu lakukan taktik 'ngentot PAS' untuk menarik pengundi.


Memang satu KEJUTAN apabila Nik Aziz secara TIDAK LANGSUNG (indirectly) memastikan BN/UMNO mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Besut. Barangkali dengan majoriti lebih tinggi dari sebelum ini, 2434 undi.

KEJUTAN ini juga mula dirasai oleh jentera-jentera PAS yang nyata semakin gelisah apabila melihat sambut masyarakat khususnya pengundi di Kuala Besut semakin merosot, walaupun pelbagai program dan aktiviti telah diaturkan oleh unit-unit penjumlahan undi (UPU) mereka.

Yang hadir kebanyakannya adalah para petugas dan ahli-ahli parti sahaja. KEJUTAN sudah bermula ...

PAS yang memohon 8 permohonan permit ceramah akhirnya TERPAKSA membatalkan 6 permit di saat akhir.

“Enam ceramah dibatalkan oleh pihak penganjur di saat-saat akhir walaupun permit yang dipohon diluluskan. Hanya dua permit ceramah yang digunakan, itupun berbentuk tayangan video " kata Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah baru-baru ini.

Benar atau tidak Nik Aziz telah memastikan BN/UMNO mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Besut ?

BENAR dari satu sudut apabila ceramah PAS semakin HAMBAR dan MEROSOT dengan masa untuk berkempen masih berbaki lagi 3 hari.

Jika PAS tewas ... maka jentera dan penyokong parti itu perlu MENUDING JARI terhadap angkara FENOMENA MULUT 'NERAKA' Mursidul Am PAS yang masih gagal berfungsi dengan baik selepas tamatnya Pilihan Raya Umum ke-13.

No comments:

Post a Comment