counter

Monday 13 May 2013

Najib menghadap Agong esok untuk dapat perkenan barisan kabinet




KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, di sini pada 12 tengah hari esok bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan kabinet baharu.
Baginda telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Menteri dan Timbalan Menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis.
Demikian menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari
ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment