counter

Wednesday 15 May 2013

Datuk Seri Najib MENGADAP AGONG, Jam 5 Petang DIJANGKA UMUM Barisan KABINET


Pelancong sempat mengambil gambar kenderaan Perdana Menteri yang meninggalkan Istana sebentar tadi.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Negara sekitar tengah hari tadi untuk mendapatkan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membentuk barisan Kabinet baru.

Najib tiba pada jam 11:55 pagi untuk mengemukakan senarai calon-calon anggota Kabinet. Belia kemudiannya dilihat meninggalkan Istana pada jam 12.30 tengah hari selepas mendapat perkenan.

Pengumuman menteri Kabinet dijadualkan pada jam 5:00 petang ini di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Pada pilihan raya umum ke-13 yang diadakan pada 5 Mei lalu, Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

No comments:

Post a Comment