counter

Saturday 27 April 2013

Lupakan Hasrat Tawan Putrajaya- Tun M


Bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta PAS  memajukan Kelantan terlebih dahulu sebelum memasang angan-angan untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Uumum ke-13  (PRU -13) Beliau menyifatkan PAS bersama PKR dan DAP tidak layak mentadbir Putrajaya kerana mereka pernah mencaci pembinaan pusat pentadbiran kerajaan itu adalah satu pembaziran dan kononnya meniru negara asing.

Pembangkang menyoal,Putrajaya tiru orang asing sebab adanya pengunaan perkataan PRESINT.Tun-M pula membidas dengan perkataan MANIFESTO yang digunakan oleh pembangkang itu pun bukan daripada Bahasa Melayu.Beliau juga berkata,pembangkang kesentukan  idea sehingga benda remah-temah sebegini dijadikan sebagai model ceramah untuk mengelirukan minda rakyat.

Tun M, menjelaskan pembinaan Putrajaya adalah sebagai kemudahan kepada kakitangan awam bagi mengelak suasana sesak di ibu negara.

 Jelas lagi beliau, Kelantan yang digelar "Serambi Mekah" di bawah pimpinan Pas tidak menepati gelaran yang diberikan itu.

Beliau percaya,pengundi di Putrajaya yang rata-ratanya terdiri daripada kakitangan awam akan mengekalkan BN sebagai sebuah kerajaan yang memerintah negara ini.





No comments:

Post a Comment