counter

Wednesday 13 August 2014

AZIZAH MAHU PAS AKUR DENGAN KEPUTUSAN PKR MAHU JADIKANNYA MB SELANGOR BARU.....



AZIZAH MAHU PAS AKUR DENGAN KEPUTUSAN PKR MAHU JADIKANNYA MB SELANGOR BARU.....

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu kepimpinan PAS akur dengan keputusan PKR meletakkannya sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita beri PAS peluang (untuk faham). Tetapi PKR telah buat keputusan untuk pilih satu calon sahaja. Mereka perlu akur dengan hal itu, itu pilihan kita, pilihan parti kita," ujarnya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR dan DAP, malam tadi.


Wan Azizah diletakkan oleh PKR untuk menggantikan Khalid yang dipersetujui oleh DAP, namun tidak bagi PAS.

Kepimpinan tertinggi PAS yakin tindakan menggugurkan Khalid adalah tidak relevan memandangkan beliau bebas dari salah laku pentadbiran.

Khalid dipecat daripada PKR Sabtu lalu, sekali gus menjadikannya ADUN dan Menteri Besar bebas.

Kelmarin Sultan Selangor bertitah bahawa Khalid kekal sebagai MB selepas menerima perakuan beliau bahawa dirinya (Khalid) mempunyai sokongan majoriti dalam DUN Selangor sungguhpun ditolak oleh DAP dan PKR.

Khalid kini bersandarkan kepada sokongan PAS yang mempunyai 15 ADUN. Sungguhpun pucuk pimpinan PAS menyokong Khalid Jawatankuasa Pusat parti itu hanya akan membuat keputusan rasmi Ahad ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad turut enggan memberikan komen berhubung mesyuarat tergempat berkenaan.

"Kita fokus kepada isu pemecatan sahaja. Kita nak lihat apa lagi yang akan berlaku pada esok hari sewaktu mesyuarat exco. Guan Eng sendiri telah menyatakan pandangan DAP dan PKR kepada Setiausaha Agung PAS supaya atas semangat Pakatan dan solidariti, kita minta exco-exco PAS tak hadiri mesyuarat itu," kata Azmin.

"Setakat ini jelas DAP dan PKR tidak ada perubahan, kekal dengan Wan Azizah," demikian ujar Nik Nazmi.
Sumber: ANTARAPOS

No comments:

Post a Comment