counter

Saturday 16 February 2013

PM terima jemputan Dong Zhong ke Majlis CNY

YAB Perdana Menteri pada hari ini diberitakan menerima jemputan untuk hadir ke majlis sambutan tahun baru Cina anjuran Persatuan Pendidikan Cina Dong Zong.

Ini adalah satu detik bersejarah kerana PM adalah Perdana Menteri pertama yang menyahut jemputan persatuan yang selalu mendesak Kerajaan tersebut.
Kehadiran PM juga telah menggusarkan Anwar dan sekutunya. Dikhabarkan selepas PM menjawab akan hadir ke majlis tersebut, Anwar telah kelam kabut menghubungi persatuan tersebut menyatakan mahu hadir sama.
Untuk rekod, Dato’ Seri Najib adalah seorang pemimpin yang tidak pernah mengenepikan mana2 kaum. Malah ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran beliau telah banyak membantu perkembangan sekolah-swkolah aliran Cina.
Ini adalah amat berbeza dengan ketua pembangkang. Beliau hanya menyanyikan nada yang berbeza selepas dipecat dari UMNo dan jawatan dalam Kerajaan akibat penyalahgunaan kuasa dan salah laku seks.

Kehadiran PM esok di dalam majlis tersebut juga dikatakan hanya atas jemputan dan tiada pengumuman atau ucapan akan dilakukan.
Lolong harap NGO ini jujur daaam jemputannya dan tidak bertindak meminta pelbagai tuntutan yang tidak masuk akal.
Lolong juga amat berharap kaum Cina yang marahkan Kerajaan membuka mata seluasnya. Hargailah budi baik dan kejujuran YAB PM yang begitu jujur mahu bersahabat dengan mereka. Jangan senyum didepan tikam di belakang…

No comments:

Post a Comment