Kematian
penyiasat persendirian Balasubramaniam A/l Perumal akibat sakit jantung
sehingga kini masih ditangisi kaum keluarga dan sanak saudaranya. Ada di
kalangan mereka menyalahkan PR kerana terlalu mendesak mendiang untuk aktif di
atas pentas ceramah sebagai punca kematiannya.
Dikira dari
segi fakta klinikal memang ada logiknya memandangkan seseorang yang mempunyai
masalah jantung biasanya perlu banyakkan berehat dan senaman ringan.
Mendiang yang
lebih dikenali sebagai PI Bala, sebelum kematiannya pernah terjatuh ketika
berceramah di Kota Bharu, hasil pemeriksaan kesihatan mengesahkan beberapa
saluran arteri ke jantung mendiang tersumbat.
Jika PR
prihatin dan tidak terlalu mendesak sebaliknya memberi peluang mendiang PI Bala
berehat sementara menunggu selesai pembedahan pintasan jantung yang telah
ditetapkan, ada kemungkinan kematiannya dapat dielakkan.
Tapi takdir
menentukan ajal mendiang sudah sampai maka kita semua seeloknya sama-sama
mengucapkan takziah kepada keluarganya.
Bagaimana pun,
kematian mendiang rupanya masih menjadi buah mulut sesetengah pihak dalam PR
apabila ada yang menganggap tindakan membawa penyiasat persendirian itu pulang
ke Malaysia untuk membantu PR hanya kerja sia-sia dan merugikan PR.
Pandangan itu
rupanya turut dikongsi sama oleh sebuah portal pro PR yang terkenal dengan
sikap kritis iaitu suarapakatanrakyat.com dalam artikelnya bertajuk “Strategi
Bawa Pulang Bala, Bencana Untuk Pakatan Rakyat”.
Menurut laman
itu, PI Bala adalah seorang bekas anggota polis yang pernah memiliki rekod
salah laku buruk semasa berkhidmat dalam PDRM. Antara kesalahan yang pernah
dilakukannya termasuklah menculik (Akta Culik) dan menampar orang awam (Akta
kelakuan Tidak Senonoh).
Berdasarkan
rekod buruk sedemikian, portal itu berpandangan ia memberi kesan buruk terhadap
imej PR sekaligus menjejaskan kepercayaan umum terhadap kempen PR mengenai isu
Altantuya.
Kebimbangan
yang diluahkan oleh portal itu ada asasnya. Mana mungkin orang ramai mahu
meletakkan kepercayaan pada cerita seorang bekas anggota polis yang memiliki
rekod buruk sedemikian.
Lagi pun
sehingga saat kematiannya, PI Bala tetap enggan menjelaskan isu wang RM50,000
milik Razak Baginda yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya sebaliknya
telah di songlap olehnya.
Itu belum lagi
dikira dari segi kredibiliti mendiang yang kerap membuat Akuan Bersumpah (SD)
bersilih ganti dan saling bercanggah di antara satu sama lain untuk satu isu
yang sama.
Dengan segala
macam rekod buruk di atas, memang agak sukar untuk khalayak umum mengambil
peduli atas setiap percakapan mendiang. Namun demikian, suarapakatanrakyat.com
telah terlambat dalam menegur parti pujaannya, nasi sudah menjadi bubur dan
sudah tiada gunanya lagi.
Sumber:-
PERAKTODAY.COM
No comments:
Post a Comment