Belum pun reda kemelut yang melanda DAP dan pengikut Pas yang menolak pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam, kerjasama politik antara pakatan pembangkang sekali lagi di landa badai. Terbaru, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dilaporkan berkata tidak lagi dapat bekerjasama dengan Ketua PKR Johor, Chua Jui Meng.
Sumber dalaman parti itu ketika
dihubungi mengatakan, hubungan antara kedua pimpinan negeri itu ‘ibarat
retak yang menanti belah’. Mereka saling menyalahkan antara satu sama
lain dan ‘tidak sebulu’ sejak sekian lama.
Menurut Cheng Hau lagi, naib presiden
PKR itu adalah merupakan dalang utama ke atas beberapa serangan terhadap
parti komponen pakatan pembangkang. Tidak cukup dengan itu, Cheng Hau
turut mengesa agar pucuk pimpinan menjalankan satu siatasan terhadap Jui
Meng dan menuntut agar Chua dilucutkan jawatan sebagai Ketua PKR Johor.
Gesaan yang dibuat oleh Cheng Hau itu
turut disokong oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang memandang serius
terhadap dakwaan yang dibuat itu dan akan menubuhkan satu badan siasatan
bagi mengesahkan tuduhan tersebut.
Walaupun ada di kalangan pimpinan
pakatan pembangkang yang merasakan isu ini tidak akan memberi kesan
terhadap jentera parti dalam menghadapi pilihanraya umum yang bakal
diadakan tidak lama lagi. Namun rakyat dan masyarakat perlu melihat isu
ini dari sudut yang lebih luas.
Isu pokok yang perlu dilihat ialah,
kegagalan pimpinan pakatan pembangkang dalam mewujudkan satu kerjasama
yang kuat di kalangan parti komponen mereka. Dan keharmonian antara
mereka hanyalah sandiwara semata-mata dan yang paling utama saling tidak
mempercayai antara satu sama lain.
Dan seandainya mereka berjaya menawan
Putrajaya dan sekaligus merampas kerajaan negeri Johor (semoga Allah
menjauhkan) kerajaan yang bakal dibentuk adalah merupakan kerajaan yang
rapuh.
Kegagalan mereka mewujudkan kerajaan
yang kuat bakal menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh merudum sekaligus
meningkatkan kadar inflasi yang bakal menghimpit dan membebankan rakyat.
Dengan terbentuknya sebuah kerajaan yang
lemah di kalangan parti komponen akan menyebabkan pimpinan negara
menjadi telalu sibuk dengan politik dan isu berkenaan ekonomi dan
pembangunan akan turut diketepikan.
Cuba kita renung sejenak sejarah tanah
melayu suatu ketika dahulu, bila mana pemimpin saling berebut kuasa
sehingga mengakibatkan kerajaan menjadi lemah, penjajah telah mengambil
kesempatan sehingga berjaya menumbangkan kerajaan yang ada pada ketika
satu demi satu.
Di harapkan semoga rakyat dan masyarakat
dapat melihat bagaimana kerakusan untuk mendapatkan kuasa, telah
membutakan mata mereka sehingga terdorong untuk melakukan apa sahaja.
Dalam kamus perjuangan mereka, ‘matlamat menghalalkan cara’ adalah
sebagai satu cara mengunakan apa sahaja bentuk asalkan ia membolehkan
mereka mencapai apa sahaja yang diinginkan.
No comments:
Post a Comment