counter

Tuesday, 23 July 2013

Nik Aziz secara TIDAK LANGSUNG (indirectly) memastikan BN/UMNO MENANG PRK KUALA BESUT!!



Fenomena yang wujud akibat sumpah-seranah, kafir-mengkafir, UMNO itu dan UMNO ini sejak NIK AZIZ TIBA di Kuala Besut, sebenarnya MEMUDAHKAN KEMPEN BN/UMNO. BN/UMNO tak perlu lakukan taktik 'ngentot PAS' untuk menarik pengundi.


Memang satu KEJUTAN apabila Nik Aziz secara TIDAK LANGSUNG (indirectly) memastikan BN/UMNO mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Besut. Barangkali dengan majoriti lebih tinggi dari sebelum ini, 2434 undi.

KEJUTAN ini juga mula dirasai oleh jentera-jentera PAS yang nyata semakin gelisah apabila melihat sambut masyarakat khususnya pengundi di Kuala Besut semakin merosot, walaupun pelbagai program dan aktiviti telah diaturkan oleh unit-unit penjumlahan undi (UPU) mereka.

Yang hadir kebanyakannya adalah para petugas dan ahli-ahli parti sahaja. KEJUTAN sudah bermula ...

PAS yang memohon 8 permohonan permit ceramah akhirnya TERPAKSA membatalkan 6 permit di saat akhir.

“Enam ceramah dibatalkan oleh pihak penganjur di saat-saat akhir walaupun permit yang dipohon diluluskan. Hanya dua permit ceramah yang digunakan, itupun berbentuk tayangan video " kata Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah baru-baru ini.

Benar atau tidak Nik Aziz telah memastikan BN/UMNO mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Besut ?

BENAR dari satu sudut apabila ceramah PAS semakin HAMBAR dan MEROSOT dengan masa untuk berkempen masih berbaki lagi 3 hari.

Jika PAS tewas ... maka jentera dan penyokong parti itu perlu MENUDING JARI terhadap angkara FENOMENA MULUT 'NERAKA' Mursidul Am PAS yang masih gagal berfungsi dengan baik selepas tamatnya Pilihan Raya Umum ke-13.

17 Perkara Tentang Che Long


17 PERKARA tentang calon PAS PRK DUN Kuala Besut, Che Long yang terdedah.

1) Senarai syarikat kepunyaan Che Long :

a. Maxxifon (KT0202224)

b. Robihah Sdn. Bhd. (522105)

c. Tayar & Auto MMC (TR0042227)

d. Walit Jewellery Sdn. Bhd


2) Che Long melalui syarikat Robihah Sdn. Bhd pernah menerima projek dari JKR di bawah KESEDAR bernilai RM 3.7 juta pada tahun 2002.

3) Sebelum terlibat dengan PAS, Che Long adalah ahli UMNO di cawangan Kg Gong Nering dalam PDM Kampung Baru di DUN Kuala Besut.

4) Mula terlibat dengan pergerakan PAS setelah mendapat projek balak di Kelantan melalui Husam Musa. Sokongan terhadap Husam jelas apabila Che Long dikatakan membawa penyokongnya ke Putrajaya ketika Husam dicalonkan pada PRU-13.

5) Dikatakan perletakkan Che Long sebagai calon di sana adalah aturan Husam yang berkehendakkan calon terdiri daripada kroninya sendiri. Penyokong PAS di kawasan Kuala Besut mengharapkan calon dari kalangan ulama’.

6) Husam juga telah cantas YB Satiful Bahri yang pada awalnya telah diumumkan untuk mengepalai kempen PAS di Kuala Besut kali ini.

7) Kempen dari PAS pada PRK kali ini telah didominasi oleh jentera dari Kelantan dan sebahagian jentera PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan tertinggi PAS.

8) Kempen kali ini diboikot oleh sayap-sayap ulama dan wanita parti dalam isu pemilihan calon.

9) Sayap ulama memboikot kerana Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Nik Zawawi tidak dipilih.

10) Bagi sayap wanita pula, mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan kali ini kerana calon mereka yang tewas pada PRU 13 yang dahulu, Napisah Ismail tidak dicalonkan walaupun berjaya meningkatkan jumlah majoriti PAS berbanding 2008.

11) Sementara Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang sepatutnya mengepalai jentera (walaupun bukan sdbagai Pengarah Pilihanraya) kerana Besut berada dalam negeri itu, tidak kelihatan sudah banyak malam

12) Wahid Endut dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS Pusat kerana menyerahkan kuasa kepada PAS Kelantan melalui Husam Musa untuk mengetuai PRK di Kuala Besut.

13) Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan, Wan Nik Yusof Ngah pada 11 Julai 2013, 2 PM di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Sabah, telah mendedahkan bahawa pemilihan Husam Musa sebagai Pengarah PRK DUN Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat sendiri.

14) Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS.

15) Wan Nik Yusuf Ngah juga secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.

16) Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu.

17) Maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun.

Video SMS yang telah disebarkan oleh kepada penduduk Kuala Besut !!



Jangan dijadikan sebagai umpan politik murahan menagih simpati pengundi dengan menipu dan memperbodohkan 
Rakyat Kuala Besut.

TERKINI PRK Kuala Besut - SMS Usaha Terdesak Pas Menagih Simpati





Ini rakaman terkini dari ceramah di Kampung Tok Saboh yang diambil malam tadi. Usai sesi ceramah, pengacara telah meminta perhatian hadirin kepada satu SMS yang  telah disebarkan kepada penduduk Kuala Besut  supaya beramai2 pergi ke rumah Che Long untuk menerima zakat.

Ia digambarkan sebagai satu usaha oleh pihak  Calon dan Parti PAS untuk meraih Undi Simpati.

Tetapi Pihak PAS pula  memutar belitkan sms itu adalah palsu  setelah  diketahui oleh orang ramai. 

Sekiranya ianya adalah palsu, pengacara seharusnya  mengumumkan nombor talipon yang menghantar mesej itu supaya kita dapat sama2 semak dan kesan pemiliknya, seterusnya membuat laporan Polis sekiranya terbukti ia palsu. Sebaliknya Pihak Calon PAS hanya menafikan. Sudah la.....

Jangan dijadikan sebagai umpan politik murahan menagih simpati pengundi dengan menipu dan memperbodohkan rakyat Kuala Besut.

Monday, 22 July 2013

LIHAT VIDEO AZLAN CALON PAS DIBELASAH OLEH AHLI KELUARGA SENDIRI!!

ANDA NAK LIHAT KELUARGA AZLAN TIDAK SUKA AZLAN JADI CALON ???

LIHAT VIDEO DI BAWAH




APA KATA ANDA ??? 


RENUNG-RENUNGKAN

#PRKKUALABESUT,Calon PAS Dibelasah oleh Ahli Keluarga sendiri dan penduduk Kuala Besut


KANTOI !!  NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!


Di dalam tempoh berkempen ini,sudah pasti pelbagai pendekatan akan diguna pakai sebagai satu usaha untuk menarik minat dan simpati para pengundi.Ada yang mengunakan pendekatan konvesional seperti kebiasaanya malah tidak ketinggalan ada yang mengunakan pendekatan ‘reverse psychology’ bagi mengelaburi pandangan rakyat.Terbaru calon Pas bagi pilihanraya kecil Kuala Besut Azlan @ Endut mengunakan penampilan seperti ahli Sufi bagi menipu para pengundi.Sejak bermulanya aktiviti kempen, dia dilihat cuba berlagak alim dengan gaya seperti seorang ahli agama sehingga ada dikalangan penduduk di Kuala Besut yang mengatakan dia seorang yang zuhud.Namun ternyata itu semua adalah merupakan helah politik semata-mata,kerana majoriti penduduk yang mengenalinya secara dekat mengatakan calon Pas ini tak ubah seperti seekjor sesumpah.Ini kerana penampilan dan gayanya amat berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini.Rata penduduk yang mengenalinya mengatakan ‘calon cari makan’ ini adalah merupakan seorang yang kaya raya.Selain mempunyai rumah banglo yang besar dia juga dikatakan mempunyai puluhan kereta mewah.


“Ini semua politik.Sebelum jadi calon dia hidup bermewah-mewah,tapi lepas dipilih jadi calon penampilan dan gayanya terus berubah seperti seorang ahli Sufi yang zuhud.Kalau kita baca kitab-kitab tasawuf,tidak ada seorang pun ahli Sufi yang diceritakan hidup atas kemewahan harta.Betul,Islam tidak menghalang umatnya untuk mencari kekayaan,malah ada dikalangan sahabat Nabi Muahammad saw yang kaya.Tetapi bukan di kalangan ahli Sufi yang zuhud,kerana jalan hidup seorang ahli Sufi adalah meninggalkan semua bentuk yang bersifat keduniaan dan hanya menumpukan kepada ibadat menuju akhirat” tegas salah seorang penduduk yang ditemui di pecan Kuala Besut petang tadi.


Mengikut rekod,perkataan sufi berasal dari Suffah (para sahabat Nabi Muhammad saw yang miskin dan hidup di sekitar masjid Nabawi di Madinah).Ia adalah kata asal dari perkataan Suf/kulit (kambing) sebab ramai dikalangan mereka hanya memakai pakaian yang diperbuat dari kulit kambing. Malah di dalam riwayat juga pun ada yang mengatakan ramai sahabat Nabi Muhammad saw yang menyertai perang Badar,memakai pakaian dari bulu kambing.Menurut Zainab Besah,53 sebagai pengundi dia mengharapkan calon yang menawarkan diri,untuk memberikan keyakinan kepada rakyat mengenai bentuk hala tuju dan isu yang ingin diperjuangkan dan bukannya berlakon dengan gaya seperti ustaz.


“Saya bukan berniat untuk menghina,kalau betul pun nak kempen gunakanlah cara yang lain. Bukannya berlagak alim dengan perwatakan seperti ustaz dan ahli agama.Rakyat Kuala Besut kenal sangat dengan Che Long ni.Dia orang kaya,sibuk uruskan perniagaan.Tapi bila jadi calon, terus berubah watak. Patutnya dia jumpa pengundi dan bagi tahu khidmat dan isu yang nak dibawa.Bukan menipu pengundi dengan gaya dan penampilan” tegasnya lagi.

Sunday, 21 July 2013

PRK KUALA BESUT : APA LAH NASIB SI NIK AZIZ NI !!!WALAUPUN UZUR, TERPAKSA DIKERAH.




Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini,jentera Pas di pilihanraya kecil DUN Kuala Besut seakan lesu dan tidak bermaya.Sejak bermulanya hari penamaan calon hinggalah waktu untuk berkempen,para petugas parti itu seperti hilang arah tujuan.Bendera dan kain rentang parti itu juga seakan tidak kelihatan berbanding dengan Barisan Nasional (BN) yang telah berjaya menjadikan Kuala Besut bertambah biru.Malah sekiranya diambil kira dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang pernah diadakan sebelum ini,pasti ramai yang dapat melihat kesungguhan jentera dan para petugas parti itu dalam berdepan dengan jentera dari BN.Namun itu semua tidak berlaku di kawasan Kuala Besut,apabila jentera muslimah dan kumpulan ulama Pas seperti membuat haluan sendiri.Tambah menguatkan andaian pelbagai pihak,apabila ramai seolah dapat merasakan calon Pas Azlan @ Endut Jusuh sedang berdepan dengan masalah dalaman.


Walaupun kepimpinan Pas mengatakan isu yang dibangkitkan itu hanyalah khabar angin,namun majoriti masyarakat di Kuala Besut dapat melihat calon pilihan Naib Presiden Pas,Husam Musa itu sedang berdepan dengan masalah sabotaj dalaman.Menurut sumber ia ekoran dari rasa tidak berpuas hati mereka dengan tindakan kepimpinan Pas Pusat yang menolak mentah-mentah calon yang dikemukakan oleh Pas negeri dan kawasan.Malah wajah dan bayang Pesuruhjaya Pas Terengganu,Mohd Abdul Wahid Endut juga langsung tidak kelihatan membantu jentera parti.Menyedari akan perkara itu,parti itu terpaksa mengunakan talian hayat mereka,dengan meminta Mursyidul Am Pas,Nik Abdul Aziz Nik Mat turun bagi membantu jentera dan segera menyelesaikan masalah yang sedang melanda itu.Walaupun bekas menteri besar Kelantan itu berada dalam keadaan yang sangat uzur,namun dia terpaksa memenuhi jemputan tersebut bagi mengelakkan Pas menerima tamparan yang hebat sekiranya calon parti itu gagal beroleh kemenangan.


Nik Aziz yang kini berusia 82 tahun,pernah beberapa kali dimasukkan ke dalam wad disebabkan faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan.Malah dia juga pernah dilaporkan pengsan dan terpaksa diusung sejauh 100 meter dari tapak ceramah kerana keletihan berikutan program yang padat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.Selain sering mengalami kekejangan otot kaki,Nik Aziz juga dilaporkan kerap berhadapan dengan masalah pernafasan dan sakit dada sehingga memaksa pihak penganjur membatalkan beberapa siri program yang sepatutnya dihadiri olehnya.Mungkin akan ada yang bersimpati dengan keuzuran Nik Aziz yang dipaksa turun padang bagi membantu jentera parti.Namun itu semua merupakan salah Nik Aziz sendiri.Ini kerana,banyak pihak telah memintanya untuk berundur daripada terus terlibat dalam arena politik,namun semua permintaan itu langsung tidak diendahkannya.Ini kerana dia merasakan khidmat masih diperlukan oleh ahli-ahli Pas.Tambahan pula ramai penyokongnya merasakan,dengan ketiadaan Nik Aziz di dalam Pas bakal menyebabkan parti itu lemah dan tidak berdaya.Malah ketika ditanya sebelum ini,dia pernah mengatakan akan terus bertanding sampai bila-bila waima terpaksa menggunakan kerusi roda sekali pun.