counter

Friday, 28 June 2013

Yusuf Kalla, mengecam Anwar kerana gagal menerima keputusan rakyat, 5 Mei lalu.



Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

"Malangnya, Anwar ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang 133.

"Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu hanya menang 89 walhal Najib menang 133.

Mengulas lanjut, Jusuf mendedahkan, perhimpunan Blackout 505 yang digerakkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibiayai beberapa pihak, khususnya dari Turki, Washington, Amerika Syarikat; Filipina serta kemungkinan Thailand dan China.

Katanya, pemberi dana yang besar itu datang dari sebuah syarikat besar di Filipina dan Turki untuk membantu aktiviti perhimpunan bantahan tersebut.

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana rakan-rakan bisnes kita ketahui siapa mereka. Isunya untuk apa membuat perhimpunan tersebut jika hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu?

"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengawal parti DAP?. Anwar terdiam dan tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas, ternyata beliau ada masalah untuk mengawal ahli-ahli Parlimen dari parti lain," katanya.

Menurut Jusuf, beliau terfikir bahawa tindakan Anwar mengadakan perhimpunan haram itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh-musuh Islam.

Sunday, 23 June 2013

Anak-anak kecil dipergunakan untuk jayakan Himpunan Haram 505 dipadang Merbok.!!

Tindakan peserta perhimpunan haram Blackout 505 yang membawa anak-anak mereka ke perhimpunan itu dikecam sekeras-kerasnya, sekali gus disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.


Anak-anak kecil dipergunakan untuk jayakan Himpunan Haram BLACKOUT 505!! apa cerita ni ??? Kalau terjadi apa-apa kepada kanak-kanak ni siapa nak tanggungjawab ???

penganjur ??? ANWAR??? Piiiraaahhhh Anwar....

Lihat sendiri apa dah jadi dengan himpunan BLACKOUT 505 yang lalu.malas nak ulas panjang-panjang

RENUNG-RENUNGKAN la....

Tindakan membabitkan kanak-kanak dalam isu yang diperjuangkan oleh pembangkang lebih mudah mendapatkan simpati umum.


“Memang tidak wajar sama sekali mereka membabitkan kanak-kanak sebab kanak-kanak tidak faham apa yang berlaku sebenarnya dan meletakan diri mereka dalam keadaan bahaya. Namun, ia sudah menjadi satu trend untuk meraih simpati..

''Tanggungjawab sebagai ibu bapa bukan sahaja memberi makan minum kepada anak-anak, malah, perlu dipastikan keselamatannya


''Bayangkan kalau apa-apa terjadi kepada kanak-kanak tersebut, siapa mahu bertanggungjawab?

Wajarkah Kanak-Kanak Digunakan Bagi Mencapai Agenda Politik? Pikir-pikir la wahai ibu - bapa...


Pepatah Melayu menyebut “melentur buluh biarlah dari rebung” bermaksud jika mahu mendidik seorang anak sebaiknya ia hendahlah bermula sedari kecil.

Wednesday, 19 June 2013

Anwar Selalu Membohong Rakyat - S. Nallakaruppan



 Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendedahkan tembelangnya sebagai seorang ahli politik yang tidak berpegang pada pendirian dan selalu membohongi rakyat.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan berkata, sifat Anwar yang seperti 'sesumpah politik' itu semakin menonjol apabila beliau hari ini mengesahkan kesemua 89 Ahli Parlimen daripada pakatan pembangkang akan mengangkat sumpah pada hari pertama sidang Dewan Rakyat, 24 Jun ini.

Beliau yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) mempersoalkan kenyataan terbaharu Anwar itu kerana bercanggah dengan ura-ura mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Dewan Rakyat kerana mendakwa kononnya wujud penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Mungkin Anwar sebelum ini tidak berani mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sebab menyedari dirinya banyak membohongi rakyat.

"Namun, akhirnya beliau mengubah pendirian apabila tidak mendapat sokongan DAP dan Pas. Malah, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali juga tidak berhasrat memboikot majlis angkat sumpah itu," katanya kepada Utusan Malaysia di Pejabat MUIP, di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya dekat sini hari ini, Anwar berdolak-dalik kononnya terdapat salah faham kerana pakatan pembangkang hanya membuat keputusan untuk memboikot sesi taklimat perjalanan Dewan Rakyat minggu lalu.

Nallakaruppan menambah, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mungkin takut hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya gagal mengangkat sumpah di Dewan Rakyat.

"Saya tidak hairan apabila Anwar tidak mahu mengangkat sumpah pada mulanya kerana sebelum ini, beliau tidak mahu melafazkan sumpah laknat bagi membersihkan namanya dalam kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan," katanya.

Beliau yang pernah bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun menyuarakan kehairanannya dengan Pas yang sanggup bersekongkol dengan individu yang terpalit dengan tuduhan liwat.

Nallakaruppan berpandangan, Anwar bukan sahaja tidak layak menjadi Perdana Menteri, malah tidak sepatutnya dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi Ketua Pembangkang kerana beliau berpegang teguh kepada agama dan jauh lebih baik berbanding Anwar yang tidak berpegang pada prinsip," katanya.

Beliau turut menyelar tindakan Anwar memburuk-burukkan negara sendiri dengan menyebarkan pelbagai tuduhan palsu terhadap kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewaktu berada di Indonesia baru-baru ini.

Menurut Nallakaruppan, Anwar berbuat demikian mungkin kerana dengki dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara.

"Anwar yang sebenarnya menipu. Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia telah mengesahkan tiada rakyat negara tersebut yang mengundi dalam PRU-13 lalu.

"Selain itu, mengapa buat sidang akhbar di Indonesia sedangkan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa Anwar mengingkari perjanjian damai bagi menghormati keputusan PRU-13?" katanya.

Beliau berkata, Anwar tidak sepatutnya mengheret penyokongnya melakukan demonstrasi jalanan kerana perbuatan itu bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini.

Nallakaruppan juga menasihatkan Anwar menerima hakikat beliau tidak ditakdirkan menjadi Perdana Menteri sambil mencontohi sikap terpuji calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Mitt Romney yang sedia bekerjasama dengan Barack Obama selepas pilihan raya berakhir.

Sources: Utusan Malaysia

PANAS...!!! BUKTI DAP PARTI RASIS.


Cuba korang tengok list ni... cuba cakap kat aku macamana nak kata DAP ni tak rasis? Dah memang terang-terang rasissssss..!!!

Tuesday, 18 June 2013

DAP tidak boleh lagi bersandiwara


Tunku Abdul Aziz, & R. Vellasamy

DAP tidak boleh lagi bersandiwara dan berbelit-belit mengenai kontroversi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, DAP mesti memberi kerjasama penuh kepada siasatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk membuktikan ketelusan parti itu.

“Ini satu peluang terbaik untuk DAP berterus-terang, tidak perlu lagi berbelit-belit dan bersandiwara, lagipun, mereka juga yang selama ini melaungkan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus).

“Jika terbukti benar berlakunya kesalahan, mereka kena minta maaf, baharu nampak bermoral. Kalau tidak, slogan CAT itu kita boleh anggap tidak lebih daripada kucing kurap," katanya 

Semalam, Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai silap kira undi yang berlaku dalam pemilihan CEC parti itu tahun lalu.

Siasatan tersebut bagi mengenal pasti sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas sebab computer glitch ataupun merupakan satu penyelewengan.

Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R. Vellasamy berkata, DAP perlu mematuhi segala arahan ROS dan menyerahkan bukti-bukti yang diminta untuk membantu siasatan kontroversi itu.

“Jangan berlengah-lengah lagi, seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya dan tuduhan ini bukan datang daripada Barisan Nasional (BN) tetapi ahli DAP sendiri," katanya.

Katanya, kontroversi pemilihan CEC itu merupakan isu besar kerana perkara tersebut bukan sekadar melibatkan hak mengundi bagi seorang atau dua orang ahli parti tetapi seramai 753 orang.
Sources: Utusan Malaysia

Tidak perlu layan pembangkang lagi - Tun DR. MAHATHIR



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak perlu mendengar dan melayan sebarang desakan daripada pembangkang.

Menurut beliau, ini kerana pembangkang tidak ikhlas untuk membawa pembaharuan yang memberi kebaikan sebaliknya hanya mengambil atau mereka-reka sesuatu isu untuk menumbangkan kerajaan.

"Pada pendapat saya, apabila pembangkang cakap sesuatu, jangan layan mereka, selama 23 tahun (menjadi Perdana Menteri) saya tidak melayan mereka.

"Pembangkang akan sentiasa menuduh kerajaan menipu, apabila mereka mahukan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan kerajaan akur pada permintaan itu, mereka tetap tidak menghargainya.

"Mereka tidak berminat untuk menjadikan perkara lebih baik atau pilihan raya bersih, mereka hanya mahukan isu dan di sebalik semua permintaan ditunaikan termasuk membenarkan pengundi-pengundi yang berada di luar negara, mereka tetap tuduh kerajaan menipu," katanya ketika berucap dalam Forum Ketua Pegawai Eksekutif 2013 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, beliau bagaimanapun melihat beberapa parti pembangkang semakin matang apabila dua parti iaitu DAP dan Pas tidak menyokong demonstrasi yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Politik tidak selalunya rasional, pembangkang menggunakan segala isu untuk menuduh kerajaan menipu, mereka boleh tuduh perkara itu tetapi jangan buat kekacauan di negara ini, sekiranya kita menjadi matang, negara ini ada masa depan yang lebih baik," katanya.

Katanya, beliau bersyukur rakyat Malaysia tidak mempunyai budaya ganas namun hak kebebasan bersuara tidak sewajarnya disalahgunakan dan perkara itu perlu dikawal selia untuk menjaga keamanan serta kestabilan negara.

Katanya, usaha juga perlu dilakukan untuk memperkukuhkan integrasi serta perpaduan rakyat negara ini yang berbilang bangsa dan agama.

Menurutnya, matlamat itu boleh dicapai dengan setiap rakyat Malaysia memperkasakan penggunaan Bahasa Kebangsaan dan setiap pelajar tanpa mengira bangsa mendapat pendidikan di sistem sekolah yang sama.

Dalam pada itu, menurut Dr. Mahathir, beliau percaya kepada sistem demokrasi, namun beliau berpendapat kerajaan perlu kuat bagi menghadapi cabaran yang bukan sahaja datang dari dalam negara tetapi juga luar negara.

"Sekiranya kerajaan lemah, pelaksanaan polisi dan undang-undang menghadapi kesukaran, lagipun kita memerlukan tempoh masa untuk satu-satu idea direalisasikan," katanya.
Sources: Utusan Malaysia

Friday, 14 June 2013

‘Stop giving them face’ Tun M.


Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohammad wants his successor Najib Tun Razak and his administration to stop “giving face” to Pakatan Rakyat.

He wants Najib to be “tough” with the opposition.

He claimed the opposition was continuously insulting the country’s democratic system and the government should no longer be soft with them..

“We need to be a bit tough and not give them face anymore. They must be stopped,” he told reporters here yesterday after attending a dinner in conjunction with Langkawi International Dialogue (LID) 2013 here yesterday.

Mahathir said the opposition had changed overnight after failing to get majority support in the 13th general election.

“Initially, they wanted to recognize the people’s choice but now they want to challenge the democratic system.

“They reject the democratic system and opt for street demonstration,” he said alluding to the series of nationwide rallies following the May 5 GE13 results..