counter

Tuesday, 9 April 2013

Rahsia surat perihal Anwar setebal 18 muka surat oleh Wan Azizah kepada Tun M.



Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.

Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.

"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan," katanya.
Temu bual bersama Tun Dr. Mahathir boleh diikuti dalam Mingguan Malaysia esok.

info dari - taiping central

Pembongkaran Dokumen Sulit PKR!!



Pembongkaran Dokumen PKR Akan Berlaku Kekacauan Semasa PRU13

MDS menerima satu email tentang surat dari pihak PKR yang menyatakan tentang akan berlaku kekacauan dan akan memporak perandakan PRU13 nanti. Apa sudah jadi?? Terkejut dengan pengisian surat ini. Bila kita baca strategi-strategi mereka untuk mengganggu PRU13 nanti maka dapatlah disimbolkan bahawa samseng sebenar dalam permainan politik ni.

MDS inginkan penjelasan dari pihak yang bertanggungjawab. Pihak berkuasa juga harap dapat siasat kebenaran surat ini. Kami mahukan keamanan. Bukan kekacauan. Tak cukup lagi ke dengan perhimpunan yang mengganggu rakyat selama ini? Siapa pakar strategi dalam mencipta kekacauan ini? Tolong jawab. Sekiranya masih tiada jawapan, MDS tak teragak untuk bongkarkan stage 3 yang mana ianya boleh membangkitkan kemarahan rakyat.

Tuesday, 2 April 2013

Pengumuman pembubaran parlimen oleh PM



Seperti yang dijangka maka sudah sah parlimen ke 12 telah dibubarkan pada hari ini 3 April 2013 bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke 12 yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari sekarang.


Monday, 1 April 2013

"MENEGAKKAN KEADILAN MENENTANG KEZALIMAN".


Adakah benar anwar berkelakuan sedemikian??? 

Lihat la dan buat penilaian sendiri......................Terutamanya kewibaawan Anwar dalam manupulasi dan memenuhi kehendak nafsu dengan memperbodohkan  rakyat hanya untuk kepentingan  diri sendiri di atas tiket reformasi.


Ini adalah peluang untuk rakyat membuat keputusan yang bernas selepas melihat siapakah Anwar sebenarnya...


Walau apa pun,saya percaya rakyat sudah tahu bahawa Anwar tidak ‘mampu’ melakukan apa-apa pun.


“Buktinya, beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan beliau pernah menjadi Menteri Kewangan, tetapi kenapa beliau tidak melakukan apa yang diperkatakannya ketika itu?

“Lainlah kalau,dia tidak pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan,  mungkin rakyat boleh mempertimbangkan.

Jika apa yang diperkatakan oleh Anwar dapat dilaksanakannya maka ia sepatutnya sudah dilaksanakan ketika beliau masih ada kuasa melakukannya dengan kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Oleh sebab itu,rakyat  harus menilai sendiri siapa dia (Anwar) kerana  rakyat semakin sedar sumbangan dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan yang  sedia ada  berbanding apa yang diomongkan oleh Anwar dengan jani-janji palsu.



Anwar Penghibur No.1 - Tun Daim.


SAH LER!!! ANAK KIRAM PENGIKUT SETIA ANWAR !!!



Dua renungan oleh dua manusia yang mungkin mempunyai persamaan tetapi berbeza dari sifat dan sikapnya.Perbezaan ini di pisahkan dengan puteri Kiram dipihak pengganas kerana insiden Lahad Datu manakala Anwar pula di pihak pengkianat kerana tindakan yang dilakukannya bukan saja isu kaitannya dengan insiden Lahad Datu tetapi juga isu-isu sebelumnya.

Namun yang lebih menarik kedua-duanya kini dilihat mempunyai persamaan apabila saling bertaut di laman media sosial.



Memang SAH... Jacel Kiram jadi follower twitter Anwar Ibrahim! Musykil kan! Atau secara kebetulan atau sebagai peminat biasa kepada Raja Penipu Dunia Sekelian Alam ini. Mungkin ada yang akan bertanya, mengapa isu jadi follower twitter mahu dijadikan isu politik ? Banyak sebab! Kadang-kadang sesuatu perkara yang terjadi adalah dirancang. Jarang sekali secara kebetulan. Banyak kaitan antara Anwar dan Sulu yang telah dibongkar sebelum ini. So! Tidakkah isu follower twitter Jacel Kiram - Anwar secara yang dirancang?

Dengan media sosial khususnya twitter yang dimaksudkan, segala perhubungan dan arahan menjadi lebih pantas dan cepat melalui Direct Message (DM). Apa yang berada di dalam isi kandungan DM antara mereka berdua, tidak diketahui! Tak gitu?

Cuba korang baca cerita Gelombang WangsaMaju dibawah,

Mengapa Jacel begitu berminat mengikuti Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR yang sudah semakin galak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Musykil, Musykil dan Musykil ...

Apakah Jacel Kiram mahu mengambil hati Anwar Ibrahim, dan bakal menabalkannya menjadi 'Princess of Sabah' dalam sebuah kerajaan autonomi sekiranya pembangkang berjaya memerintah Malaysia nanti?

Perlu diingat, Anwar Ibrahim adalah MAKHLUK yang menawarkan kerajaan autonomi Sabah kepada pengganas Jamalul Kiram III.

Cukup menghairankan kerana Jacel Kiram menjadikan Anwar Ibrahim, SATU-SATUNYA, ahli politik di dunia ini yang diikuti melalui twitter.

Bukankah ini suatu PETANDA JELAS mereka ini boleh dikaitkan mempunyai matlamat dan perancangan yang sama dalam peristiwa pencerobohan pengganas Jamalul Kiram III di Sabah?

Lebih menarik lagi, Jacel Kiram pernah disiarkan dalam media Filipina menaiki jet peribadi entah milik siapa.

Cukup musykil ... Bagaimana puteri kesayangan pengganas Jamalul Kiram III secara tiba-tiba mampu menaiki dan menyewa sebuah jet peribadi, walhal Jamalul Kiram III mendapatkan rawatan dialisis hasil ehsan Jabatan Kebajikan Filipina.
Sumber :http://perakkayangan.blogspot.com


10 Sen Nilai Anwar - Tun Mahathir



Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.

Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.

"Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri.

"Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia.

"Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri.

Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan.

"Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa.

"Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan," katanya.

Lebih 14,000 orang menghadiri mendengar ceramah tersebut. Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff. 
- UTUSAN ONLINE